Banyak kali kita terdengar dan terbaca tentang rancangan Sir Alex Ferguson untuk bersara daripada dunia bola sepak namun sehingga kini dia masih gagah dan setia menjadi pengurus kepada Manchester United.Why?? Pelbagai nama dikaitkan untuk menggantikannya antaranya Jose Mourinho, Guus Hiddink juga pengurus Everton David Moyes namun semuanya tidak menjadi kenyataan.(LINK)
Bagi aku alasan yang paling munasabah kenapa Alex Feruson masih 'bekerja' di usia ini ialah sebab dia GEMBIRA. Duit banyak tapi hati tak GEMBIRA pun tak guna.Hensem dan kacak tapi asyik muram pun tidak berguna.Melihat kejayaan demi kejayaan yang dicipta pasukan bimbingannya Manchester United membuatkan 'Otai' ini masih dalam arena bola sepak antarabangsa.Even aku adalah peminat setia Liverpool, aku kagum dengan pencapaian Alex Ferguson ni.Kalaulah dia ditakdirkan jadi manager Liverpool, tak muat rasanya kabinet piala yang ada kat Stadium Anfield..hahaha. Pemain-pemain bintang yang dihasilkannya kekadang membuatkan Alex Ferguson terasa muda walaupun usia sebenarnya sudah mencecah angka 70 Tahun!! (LINK).
Cubalah baca link ini untuk mengetahui khasiat ceria, gembira dan ketawa.(CERIA DAN GEMBIRA).
Dan bagi aku,hanya ada satu Alex Ferguson dalam arena bolasepak dan mungkin kita memerlukan beribu tahun untuk muncul satu lagi insan bernama Sir Alex Ferguson.
\
Dan tak hairanlah kalau pengurus West Ham United, Avram Grant pernah mengatakan menjaringkan gol adalah lebih bagus dari seks.huhhu..Anda Setuju???Avram Grant.Mungkin betul mungkin tidak.Andalah yang menentukan.Huh macam iklan TV pulak.
Apapun yang penting tarikh lahir Alex Ferguson sama dengan aku..31 December !!! hahaha..(tak da kene mengena dengan post ni)..:-)