Showing posts with label AFF Suzuki 2010. Show all posts
Showing posts with label AFF Suzuki 2010. Show all posts

Friday, December 31, 2010

Kita Juara!!!



Apa yang aku rasa? Aku rasa tak tau nak cakap apa.Sebab aku terlalu gembira!!! Even aku die hard fan of Liverpool dan aku pernah merasakan detik kemenangan dramatik Liverpool ke atas AC milan pada Final Champions League tahun 2005 dulu, tapi yang ini aku rasa sangat berbeza..bercampur bangga sebab aku anak Malaysia.Malaysia menang Piala Suzuki AFF 2010!! Can you believe it..Kalau Ripleys ada rancangan Believe It Or Not..tapi yang ni you wajib believe it!! Tahniah to all players, coach, management, FAM, all fans dan tak lupa pada our PM yang bagi cuti hari Jumaat ni.Yesssss za(meminjam tag line Jimi pengacara Astro Trek Selebriti). Macam ni rasanya bila negara kita jadi juara sebuah kejohanan besar peringkat international biarpun kita baru diperingkat Asia Tenggara.Patutlah aku tengok fans kepada negara yang menang World Cup, European Cup, African Cup mahupun Asia Cup sanggup berpesta berjam-jam sampai kepagi dan tak kurang juga yang sanggup berbogel dan berlari ke sekeliling kota.

Cukup-cukup lah fans Indonesia di sana.Terima lah kekalahan dengan hati yang terbuka.Ada jer laser kat muka Khairul Fahmy tadi, tapi aku bangga kerana dia seoarang yang professional dan meneruskan permainan.Even masa Malaysia kalah 1-5 pada peringkat kumpulan,kita tidak menuduh Indonesia menggunakan bomoh atau pun laser walaupun dikesan ketika perlawanan.Rajagobal sendiri mengakui Malaysia kalah berpunca daripada kesilapan sendiri. Kalaulah guna bomoh boleh jadi juara kenapa Afrika Selatan yang terkenal dengan amalan ilmu hitam macam voodoo tak boleh lepas peringkat kumpulan.Hmm macam-macam hal.So lupakan lah hal maki memaki dan kutuk mengutuk kerana kita satu rumpun dan majoritinya beragama Islam.So buang yang keruh dan ambil yang jernih.Chewah bermadah plak!! Yang penting Malaysia juara dan Indonesia juga menang..MENANGgung kekalahan..huhuhu..jangan marah dong.

Tengku's Rates for 2nd Leg Final at Gelora Bung Karno (INA 2 - MAS 1 : MAS WIN ON Aggregate 4-2):

Khairul Fahmy Che Mat (7/10): Should be the best goal keeper of the tournament.His confident was very high.One of the reason that we crowned as a King of Asean.

Sabree Abu (6/10): Robust player and looked very nervous in early 25 minutes. Gave a penalty to Indonesia which can be a turning point if Firman score it.Fine display after that.

Asraruddin Putra (6/10): His poor positioning leaded to 2nd Indonesia goal but overall performance was okay.

Muslim Ahmad (7/10): His head made ball deflected into own net but credit for made Gonzales quite all night.Made one crucial tackles to blocked shot by Ridwan on the 2nd half.

Mohd Fadhli Shas (7/10): Even still on 19 years years old but he showed some quality to be a good central defender. Aidil will find hard to back into the first eleven of rajagobal squad.

Amar Rohidan (6/10): Fine display by this guy.Stay at the back for the most of his time on the field. Have a lot af space to improved especially on his aggressiveness.

Safiq Rahim (5/10): Spent most of his time to run and chased the ball.His passing was poor all night long.

S.Kunanlan (6/10): Not at his best but do some good display on defending works.

Ashaari Shamsuddin (7/10): Closed to get a goal on the first half with pieces of brilliant individual skill and his through pass lead goal scored by top scorer of tournament, Safee Sali.

Idlan Talaha (7/10): Made good contribution as a second striker. Supported Safee with his energetic performance.

Safee Sali (8/10): His goal surely kill off the game. Breath-taking goal with left footed make us remember of Arwah Mokhtar Dahari.Simply man of the match.

Anugerah MVP yang diberikan kepada Firman Utina tidak lebih dari sekadar memujuk penyokong Indonesia yang begitu ghairah pada final kali ini.Rata-rata peminat diluar sana sama sekali tidak bersetuju dengan pemilihan yang dibuat kerana ramai menjangkakan anugerah ini akan diberikan kepada samaada Khairul Fahmy, Idlan Talaha mahupun Safee Sali.Walaupun kalah di Bung Karno tetapi Malaysia tetap menjadi Juara!!!! MALAYSIA BOLEH..MALAYSIA BOLEH..MALAYSIA BOLEH!!!




Wednesday, December 29, 2010

Malaysia (3) vs Indonesia (0) - 1st Leg Final AFF Suzuki Cup 2010




Just Speechless...Even aku mengharapkan kemenangan lebih dari 1 gol,honestly aku memang tak sangka yang kita akan membenam Indonesia 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil(SNBJ).Tak pernah aku lihat begitu meriah sekali keadaan diluar stadium selepas perlawanan lebih-lebih lagi melibatkan pasukan bola sepak kebangsaan dan aku rasa tersangat bertuah sebab aku antara puluhan ribu penonton yang berada di SNBJ yang menjadi saksi kemenangan skuad bolasepak negara.Aku rasakan inilah nyanyian aku yang paling jujur aku pernah berikan untuk Malaysia especially lagu Negaraku ketika ia berkumandang sebelum perlawanan bermula.Sumpah aku tak tipu!!!!!

Aku tak berminat nak cerita pasal laser, ataupun pasal berbalas kata-kata makian atau cacian antara peminat kedua-dua pasukan Malaysia dan Indonesia.Bagi aku itu hak masing-masing untuk berkata apa sahaja dan siapa yang betul ataupun salah bukan kene mengena dengan aku.Pada siapa yang tak puas hati dan ingin beradu kata-kata diluar sana..SILAKAN.Tapi bagi aku yang pasti, rata-rata peminat Indonesia yang betul-betul berjiwa bola sepak, pastinya mereka lebih mengenangkan prestasi pemain-pemain mereka yang beraksi di atas padang dan bukannya kerana laser semata-mata. 3 gol yang dijaringkan oleh Safee Salee dan penjaring terbanyak Liga Super, Ashari Shamsuddin dalam tempoh 15 minit terus menenggelamkan sorakan-sorakan garudarian (istilah yang aku bagi kepada penyokong Indonesia..huhu)di SNBJ.

Aku rasa ini adalah the best performance yang kita tunjukkan sepanjang kejohanan ini berlangsung dan secara jujurnya bagi aku, the best team win and Indonesia were outplayed and outscored!! Mungkin reaksi kemenangan yang ditunjukkan agak keterlaluan walaupun masih ada 90 minit lagi baki perlawanan di Gelora Bung Karno tetapi biarkanlah kerana kita sudah agak terlalu lama merenangi episod duka bak drama sinetron Indonesia di kaca TV yang selalunya tak abis2!!hambekkkkk..

Tengku's Rates for match MAS vs INA (only for MAS Player):

Khairul Fahmy Che Mat (6/10): Calm as usual.Lebih banyak berehat daripada aksi menyelamat.Go for next game.

Asrarudin Putra (6/10): Even menerima banyak kritikan daripada media ketika tumpas pada perlawanan pertama. He silenced his critics with superb performance last night.Go for next game.

Muslim Ahmad (7/10): Made Gonzalez like an amateur.Man to man marking to Uruguay born was truly effective.1st choice for central defender.

Mohd Fadli Shas (7/10): Keupayaannya diragui ditambah umurnya yang baru berusia 20 tahun.Namun persembahan konsistennya selepas tumpas 1-5 kepada Indonesia nyata menggusarkan Aidil yang dijangka akan pulih sekitar May tahun depan akibat kecederaan ACL.Go for next gamed

Mahali Jusali (8/10): Superb performance. Proved that he had ability to attack and defend at the same time.Made Okto miss the 2nd leg at Bung Karno.

Safiq Rahim (8/10): Nervous di awal 20 minit permainan tetapi selepas itu memimpin pasukan dengan cemerlang hingga ke akhir perlawanan sungguh pun baru berusia 24 tahun.

Amar Rohidan (7/10): I'm not a big fan of him but with last night performance,he totally proved me wrong this term.He made 

S.Kunanlan (8/10): His pace and skills cause a problem to both of Indonesian fullback. Good performance from Negeri’s winger. Go for next game.


Amirulhadi Zainal (5/10): Unlucky to get a yellow card and miss the 2nd leg at Bung Karno Stadium. Sub after half time. Struggle with knee injuries and not 100% fit.

Ashaari Shamsudin (7/10): Showed some pace and brilliant individual skills. Got 2nd goal and that proved him as a natural goalscorer. Penjaring terbanyak Liga Super tampak bukan sekadar nasib. Dengan Khyrill still struggle dengan kecederaan dan ditambah dengan pergantungan Amirul, he can expect his name on the sheet for 2nd leg.

Idlan Talaha (8.5/10): Again he showed that he is the one who’s up for MVP award for this tournament. His pace and skills leaded for both of two early goals. 1st name on the sheet. Man of the match.

Safee Salee (8.5/10): Scored to goal with well taken goal using his right foot for 1st goal and head for 3rd goal. Perfect choice for golden boot award with 4 goals this term.  2nd name on the sheet after Idlan.

Amri Yahyah(5/10):  Not had much time to change anything.  On the bench for next game.
Ingatlah!!Dalam bolasepak apa sahaja boleh terjadi dan prestasi dihari perlawanan akan menentukan segala-galanya.Diharapkan semua pemain-pemain Malaysia dapat menyerap segala tekanan dan buktikan bahawa KITA BOLEH.MALAYSIA BOLEH.








Tengku’s Prediction: INADONESIA 1 – 1 MALAYSIA.





Monday, December 20, 2010

K.Rajagopal vs Alfred Riedl

K.Rajagopal vs Riedl

Semua sudah tahu yang final Suzuki AFF Cup 2010 akan menemukan Indonesia dan Malaysia dalam perlawanan akhir timbal balik pada 26 Disember dan 29 Disember 2010.Perlawanan pertama akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dan yang kedua akan berlangsung Gelora Bung Karno Indonesia.Jika dilihat diatas kertas dan prestasi pasukan sebelum ke gerbang akhir, Indonesia dilihat mempunyai kelebihan dari segala aspek untuk muncul juara pada edisi kali ini. Diperkuat dengan kehadiran awang import Chistian Gonzales dari Uruguay yang meneraju bahagian serangan serta bantuan daripada speddy Okto setakat ini nampak membuahkan hasil. Pasukan yang diketuai oleh pemain tengah berpengalaman  Firman merupakan pasukan yang mengamalkan corak menyerang dan sesekali membuat counter-attack yang cukup pantas. Keupayaan Firman yang mampu melakukan hantaran pendek dan jauh dengan tepat merupakan penggerak utama yang harus diawasi terutamanya oleh Safiq and Amar Rohidan. Dia juga mampu mengawal bola dengan baik.Satu daripada aspek yang kurang daripada pemain negara kita.


Kapten pasukan skuad kebangsaan walaupun hanya baru berusia 23 tahun
Apa yang menarik, kedua-dua pengendali merupakan bekas pemain penyerang semasa zaman muda mereka dan seharusnya menjanjikan final yang klasik.Ketika Indonesia tampak akan menggunakan corak menyerang, rakan sejawatnya di kem Malaysia pula dilihat lebih menggunakan pendekatan taktikal bertahan dan serang balas. Diketua oleh kapten pasukan Safiq Rahim, pasukan Malaysia dilihat sepanjang kejohanan agak perlahan dan kurang  berkesan dibabak pertama dan mengubah sedikit corak di babak kedua dengan pendekatan permainan yang lebih pantas. Kekuatan pasukan Malaysia dilihat terletak kepada keupayaan Idlan Talaha dan S.Kunanlan melakukan larian dan penyudah berbisa Safee Salee serta disiplin di bahagian pertahanan.Kelemahan nyata yang perlu diperbaiki segera adalah dari segi hantaran yang dijana daripada bahagian tengah oleh Amar Rohidan dan Safiq Rahim. Ada ketikanya mereka kerap melakukan kesilapan walaupun untuk hantaran pendek sekaligus membantutkan serangan yang ingin dilakukan.


Christian Gonzalez.Pemain penyerang berbahaya Indonesia yang berasal dari Uruguay.Nama Islamnya, Mustafa Habibi 
Indonesia memiliki kelebihan psikologi kerana menang besar 5-1 ketika di peringkat kumpulan dan akan dijangka meenggunakan ramuan sama dalam pertemuan pertama Ahad ini.Kelebihan juga dimiliki pasukan Sang Garuda ini kerana dibahagian simpanan mereka mempunyai barisan pemain yang mampu mengubah keputusan perlawanan seperti Bambang Pamungkas, Eka Ramdani dan F.Utina sementara Malaysia hanya mempertaruhkan Kyrill Muhymeen yang dilihat mampu mengubah keputusan perlawanan jika perlu.Pemain2 seperti Izzaq, Fakhri serta Gurusamy memerlukan masa untuk menjadi seorang pemain yang berkaliber.Namun kemampuan skuad negara melangkah ke perlawanan akhir perlu disisipkan dengan pujian kerana bukan mudah bagi pemain yang rata-rata berusia 24 tahun ini mengenepikan pasukan pilihan Thailand and Juara Bertahan edisi lepas Vietnam.Kelibat Khairul Fahmy sekali lagi ditagih untuk mengawal kubu Malaysia agar tidak mudah dibolosi dan dilihat mempunyai potensi yang amat cerah di masa hadapan.Riedl juga sudah memberi amaran kepada anak-anak buahnya bahawa pasukan Malaysia yang ditewaskan 5-1 pada perlawanan pembukaan adalah pasukan yang berbeza untuk aksi final nanti.


Harap2 stadium SNBJ akan menjadi lautan kuning hitam/biru Ahad ini..


Tengku's Prediction for 1 leg match:
Malaysia 2-1 Indonesia



Thursday, December 16, 2010

90 minutes left..

Lupakan kepahitan lalu, lupakan siapa patut menang, siapa patut kalah,stadium tak cukup penuh, bernasib baik atau buruk, pass bola ntah apa2..kapten main teruk, dua gol nasib...KITA NIKMATI SAHAJA KEMENANGAN INI!!!!Kemenangan untuk semua rakyat Malaysia..Sudah terlalu lama rasanya kita tidak berpesta sebegini untuk negara sebaik ashaja keluar daripada stadium utama negara..Stadium Nasional Bukit Jalil..TAHNIAH TAHNIAH dan TAHNIAH!!!!..dan jangan lupa kita masih ada lagi 90 minit yang bergelora di Vietnam nanti..akhir sekali..nikmatilah..

Adik2 ku antara puluhan ribu penenton yang hadir..






MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, December 15, 2010

Tiket Oh Tiket..


Aku sekeping tiket...

Finallly..the 'ROCK' is cooking!!! hahaha..Thanks to my Adik Ipar yang sanggup bangun pagi2 untuk beratur kat SNBJ hari ini.Aku pulak, just follow up jer dari ofis.Tup2...tiket dah dibeli..Yahoo!!!!! bukan Yahoo enjin carian tuh..Yahooooo menjerit keriangan...!!! Kau tunggu SNBJ..ku sorak sampai serak..buat pemain Vietnam terberak...!!hahaha
MALAYSIA BOLEH!!!..MALAYSIA BOLEH!!!

Model Cilik(adikku bernama Azizi) sedang bangga memegang tiket..hehe


Outdoor photo-shot..chewah!!!


Melepaskan gian bermain PS sebab tak sabo nak tengok Malaysia lawan esok..MALAYSIA BOLEH!! (berbaju putih: Adik Ipar pembeli tiket, berbaju merah: Adik kandung..tapi dua2 kalo jumpa aku 'lauk'!!!..heheh)
Tengku's Prediction: Malaysia 2 - 1 Vietnam

Wednesday, December 8, 2010

Our performance for group stage (Piala Suzuki AFF 2010)

                                  We had done it..!!!


Congratulation to our national squad lead by K.Rajagopal on their advanced to semifinal stage. The 1st leg will be held at Bukit Jalil Stadium on 15 December 2010 and the 2nd leg will be schedule on 18th December 2010.An opponent will be Champion of Group B, Vietnam..bring it on!!!

Honestly, Indonesia deserved to be top of Group A and others opponent includes Malaysia is in the same level for these tournament. Even Malaysia got a big win against LAOS in final game on group stage, its showed that LAOS who were well controlled the games but lacking only for final touch to get a goal. Malaysia on others side was lucky to get three goal cause by awful defending works by LAOS defender especially their captain Kitsada. The others two goal is on well taken chance from a counter attacks.

Whoever country on the sheet today, Malaysia really need to work hard on especially on their  passing.As we know that K.Rajagopal molded on simple play and simple pass but so far  that not well worked as per expected.

Here was my opinion on Malaysia's performance on previous three games against Indonesia, Thailand and LAOS: 

On losses 1-5 to Indonesia: Totally outclassed and outscored.Even Indonesia got at least 4 goal from poor defending works by our defender but full credit to them for well taken chances that their had on that game.'Import' player is second issued to me.Whoever player played in these tournament were legal and allowed by FIFA. That the important thing. We cant do anything about that.

On draw 0-0 with Thailand: Again, our passing were to bad all around the pitch but with Thailand preferred on long shot we close to come as a winner if Amri, Khyrill and Kunanlan take their chance.We defend quite well with no mistake as per 1st game against Indonesia.

On win 5-1 against LAOS: Pressure on, but K.Rajagopal and Co reacted quite well.That showed we had strong character even most of players is still under 25 years old. Not the best performance but enough to get full 3 points. Amri might have the best game for himself so far but its Idlan who worked behind the scene for at least three goal.


                                                     On the top form..Idlan Talaha


Tengku's rates :

1. Khairul Fahmy(7/10)- One of my favorite player.Calm and confident.Play really well and he deserved to got Best Goalkeeper award last month.Should keep his place for semifinals.

2. Asraruddin Putra(5/10) - I'm not fan of him.Got pace but lacking on awareness of the game and opponent. His positioning so poor.Expected to be replace by Sabree Abu for semis.

3. Razman Roslan:(4/10) - Got started for 1st game but to be one of four defender to allow Indonesia got 5 goal not help him at all. Mahalli to replace him.

4. Muslim Ahmad: (6/10)-Made amend against Thailand and LAOS game for his poor performance on first game.Surely missing his partner, Aidil Zakuan.We also....Keep him!!

5. Fadhli Shas(5/10) - Unfortunate for him to get fever for last game against LAOS.Do quite well on Thailand match but poor on 1st game losses to host.More aggressive 
please!!!!

6. Faizal Mohamad(5/10) - Hard to rate him because he only started for one games.Its on 5-1 win to LAOS.On the bench for semifinal.

7.Sabree Abu (6/10)-start form the bench on early two games but got nod for last game.Do really well on attacking and defending works.Should keep his name on K.Rajagopal sheet.

8.Amirulhadi Zainal(6/10)- Did really well on last game vs LAOS.His ability to score from center and his pace was a big asset for Rajagopal but sometimes lacked on defending works..Should start for semifinal.


9.Safiq Rahim (6/10) - Carried a big weight on his shoulder as a captain for national squad.Still on learning process. His energy is a asset but need to work hard on his passing..Should keep that armband until Aidil make a come back from injury hell.


10.Amar Rohidan (5/10) - natural defensive midfielder but prefer Guru on that position because lacked of idea and pace.His long range passing also poor but good in positioning. Expected to be on the bench if Guru back to 100% fit.


11.S.Kunanlan (6/10) - Started for all three match.Good in tracked back and full of stamina.Lacked on 1 by 1 situation.Cause of limited choice, he should start for first leg semifinal.


12. Idlan Talaha (7.5/10) - Best player for group stage.His ability to beat defender and his pace cause menace in front of opponent goal.Got two goal  and 1 assist on the process.First name on Rajagopal sheet.


13.Safee salee (6/10) - His physical strength is a asset to the team. Can play as lone striker if Raja decide to move Idlan behind him.Should start alongside Idlan for semis.


14.Khyrill Muhaimeen (5/10) - Just back from serious injury (ACL - anterior cruciate ligament) is not easy at all. Need time because he had good pace and skills.On the bench.


15. Izzaq (4/10)- Only 10 minutes on the field but his height and physical strength is looking good. Backup for Safee and Idlan.On the bench. 


16.Mahali Jasuli (5/10) - Fine fullback.His positioning was good and also his stamina.Go for  next games.


Malaysia need to get strong result on first leg for sure..


MALAYSIA BOLEH!!!!!!

Monday, December 6, 2010

Preview Malaysia vs Laos (Piala Suzuki AFF 2010)



Don't worry to much K.Rajagopal and Co..Go and get a win against LAOS and we will proud of you even we failed to qualify for semifinal.Its out of our hand. Nothing we can do if INA loss to Thailand on final game tomorrow. I really believe that game between INA and Thailand will be play in 'professional  environment'. If we at INA position right now, they will say the same as us.Lets play a good game and show we still have a best squad despite injury to our main player. An injury case before tournament is normal and you cant do anything about that.We still believe that we can qualify to semifinal..AYUH MALAYSIA..kita boleh!!! Biar kita tersingkir dengan berMARUAH .It hurt to see our national team crushed to INA 1-5 in the first match but INA deserved that win. In football, when you score a goal more than your opponent that called a WIN.How you achieved it,that a number two.This is what we called Football.

Bill Shankly said : “Some people think football is a matter of life and death. I assure you, it's much more serious than that.”..If you know well about football then you know what this guy said.

Barisan Kemungkinan Kesebelasan Utama Skuad Negara menentang LAOS:




Corak permainan yang mungkin diguna pakai Raja adalah Safee akan bertindak sebagai penyerang tengah@ target man dengan Idlan akan bermain sebagai support striker and move forward from left, right and middle channel. Dengan Guru yang masih belum fit sepenuhnya, Amar Rohidan akan mengekalkan tempatnya selaku tengah bertahan sambil Safiq akan menjana bahagian tengah.Kunanlan dan Amirul dijangka menjadi pilihan untuk bahagian tepi walaupun mempamer persembahan kurang baik semasa menentang Thailand. Kyrill Muhaimeen dan Amri ataupun Ashaari Shamsuddin akan masuk sebagai pemain gantian jika strategi Raja tidak menjadi. Pertahanan akan terus dikemudi Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Asra dan Mahali.

Tengku's Prediction: Malaysia 3 -1 LAOS

AYUH MALAYSIA!!!..KITA BOLEH..




Sunday, December 5, 2010

Malaysia(0) vs Thailand (0) - Match Day 2 Suzuki AFF 2010

Kejayaan anak didik Rajagopal mengikat juara bertahan Thailand 0-0 pada perlawanan kedua Kumpulan A Piala Suzuki AFF 2010 serta kemenangan besar Indonesia 6-0 ke atas Laos kembali memberi ruang untuk pasukan Malaysia untuk layak ke pusingan separuh akhir setelah agak kelam selepas perlawanan pertama.Nyata keputusan Rajagopal meletakkan Khairul Fahmy Che Mat di posisi penjaga gol dan Amar Rohidan untuk bahagian tengah bertahan nyata membuahkan hasil.Walaupun separuh masa pertama pemain negara banyak mengejar bola namun peningkatan permainan pada separuh masa kedua hampir-hampir saja kita dapat mengutip 3 mata penuh jika penyudah Kunalan, Amri dan Khyrill Muhymeen lebih tajam..Berikut adalah Tengku's Rates untuk game ini.

Khairul Fahmy (6/10): Keputusan tepat Rajagopal menurunkannya. Very calm and comfortable even in poor pitch condition. Go for next game.

Muslim Ahmad (6/10): Berjaya mengemudi  bahagian pertahanan dengan baik.Good in the air..Go for next game

Fadhli Shas (6/10): Made amend for his awful performance on 1st game.Go for next game

Asraruddin (5/10): He has a pace but his positioning so poor. Doubt for next game. Sabree Abu can fill his boot.

Mahalli Jasuli (6/10)-Decent game.Make no mistake and go for next game

Amar Rohidan (5/10)-He help a lot on defending work but lack of idea when we go on attacks.Prefer Gurusamy to play (if he well fit)

Safiq Rahim (6/10)-Our captain.Run all over the pitch.Our Mr Duracell.Need some help from his partner (amar) to make a through.Go for next game

Amirulhadi (4/10)-Unfortunate not to finish the game even for the 1st half..So poor today compared to his first game. Khyrill can expect some good news for next game.

S.Kunalan(6/10): As usual this guy will run up and down to get the ball and to move the ball forward.Unlucky not to score a goal in clear chance.Go for next game

Idlan Talaha: (7/10): Again!!! he is our MOTM..His dribbling skills and pace can do a damage for opponent teams.Shame for S.Kunalan, Amri and Khyrill for not taking their chance provided by this man.. Compulsory for next game.

Safee Salee(5/10): not had a good game but Rajagopal need him to pair with Idlan Talaha.His physical strength is a asset. Go for next game

K.Rajagopal (7/10): Make a right choice to sub Amirul who was not effective for 40 minutes of game plus his plan to field Khairul Fahmy is absolutely RIGHT!!!

We need a win for sure and hope Thailand lose on other sides..Then we will qualify for semifinal..All three team (MAS, LAOS and Thailand) still can qualify!!!

                                    Apa yang kita perlukan ketika menentang LAOS adalah gol!!! 

MALAYSIA BOLEH..MALAYSIA BOLEH..MALAYSIA BOLEH

Thursday, December 2, 2010

Indonesia (5) vs (1) Malaysia - Match Day 1 Suzuki AFF 2010

Headline yang tak ingin kita baca bila beli surat khabar hari ni..

Sedih, kecewa, marah, terkilan ..semuanya ada!! Bermula dengan garang apabila Idlan Talaha menukar gegak gempita Bung Karno kepada sunyi sepi apabila merembat masuk hasil gerakan menarik Safee disebelah kiri.Namun 70 minit selepas itu menjadi milik Indonesia dengan 5 gol dijaringkan dalam tempoh berikut. Indonesia layak untuk menang tetapi Malaysia juga tidak layak untuk tewas besar seperti itu kerana kelima-lima gol yang dijaringkan sebenarnya adalah kesilapan individu pemain-pemain Malaysia sendiri. Dan perlawanan seterusnya menentang Thailand adalah ibarat hidup dan mati kerana menang adalah dicari.Tewas atau seri, skuad K.Rajagopal boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan kali ini walaupun secara matematik kita masih boleh layak.Rating untuk pemain Malaysia melalui pendapat aku (atau dikenali dengan nama Tengku's Rates seperti berikut;

Sharbinee Allawee(5/10): 5 Gol yang dilepaskan mungkin boleh dikurangkan jika tindakan refleks dia lebih pantas dan dilihat kurang berkomunikasi dengan pemain pertahanan(bising la sikit).Khairul Fahmy patut diberi ruang untuk next game

Razman Roslan(4/10): Diberi malam yang sukar oleh pemain yang ala2 'toyol', OKTO berjersey No.10. Bertanggung jawab untuk gol pertama yang dijaringkan Asraruddin.

Asraruddin Putra(3/10): Satu untuk gol sendiri dan kesilapan menahan bola untuk gol ke-4 Indonesia menjadikan dia antara punca Malaysia kalah teruk.Tidah nampak sebagai pemain yang pernah menjalani latihan dengan skuad remaja PSV Eindhoven.Sabree Abu patut mengambil alih tempatnya.

Muslim Ahmad:(5/10): Persembahan yang biasa dan nyata gagal dalam membentuk pertahanan yang mantap kerana dia adalah antara pemain paling 'senior' dalam skuad kebangsaan  untuk bahagian pertahanan.Kurang aggresive.

Fadhli Shas(4/10): Punca gol ketiga Indonesia apabila gagal menghalang bola dengan baik menyumbnag kepada gol ketiga tuan rumah.Juga gagal dalam menghalang gol pertama apabila timing tackle nya terhadap OKTO tidak tepat.

Amri Yahyah(5/10): Baik ketika menyerang, tetapi agak lambat turun menbantu bahagian pertahanan apabila diserang.Nampak kurang cergas.Gurusamy atau Amar patut berada dalam kesebelasan kerana Malaysia agak kucar kacir ketika bertahan kerana tiada pemain yang natural untuk posisi tengah bertahan malam tadi

Safiq Rahim(6/10): Bertungkus lumus menggerakkan bahagian tengah dan meletakkanya diposisi tengah bertahan adalah satu percaturan silap.Perlu dikekalkan untuk next game

Amirulhadi Zainal(5/10): Decent game,controlling and his positioning is GOOD tapi gagal melakukan backtracks dalam banyak situasi.Crossing juga lemah dan tidak tepat.Perlu dikekalkan untuk next game

S.Kunanlan(6/10): Rajin ketika menyerang dan bertahan.Perlu dikekalkan dalam kesebelasan utama untuk perlawanan berikutnya.

Safee Salee(6/10): Kredit diberikan untuknya bagi gol pertama,kadangkala agak lambat naik ke atas ketika menyerang.Perlu dikekalkan untuk next game

Idlan Talaha(7/10): Permain terbaik Malaysia malam tadi.Menjaringkan gol pendahuluan minit ke-18.Kawalan bola agak baik dan juga melakukan beberapa percubaan merbahaya.Pantas dalam melakukan driblle terhadap pihak lawan. Perlu dikekalkan.

Kita mungkin mudah untuk menyalahkan k.Rajagopal dalam formasi dan pemain yang dipilihnya tapi beliau involved in day to day training, so he is well known about his tactics and player which suitable tapi meletakkan dua pemain tengah menyerang menggunakan formasi 4-4-2 mungkin boleh dipertikaikan. Seperti meletakkan Kaka dan Robinho dibahagian midfield tengah..Namun Malaysia masih mempunyai 2 perlawanan untuk menebus aib!! Ayuh Malaysia!!! buktikan kita boleh...

                                  marilah bergoyang..ewah2..





Penjaring Perlawanan Indonesia vs Malaysia :
Malaysia : (18') Norshahrul Idlan Talaha 
Maldives : (22') Asraruddin Putra Omar (Own Goal) , (33') Cristian Gonzales , (52') Muhammad Ridwan , (76') Arif Suyono , (92+') Irfan Bachdim 

Wednesday, December 1, 2010

Sudah tiba harinya - Indonesia Vs Malaysia (Piala SUZUKI AFF 2010)

















Indon??? poooorah..padayappa!!! kasi hantam sama dia..K.Raja berkata kepada anak buahnya




Selak jer page belakang surat khabar Harian Metro hari ni terus aku semangat nak tonton perlawanan malam ni..tak da lagi kata-kata seperti ''dilema Rajagopal'', ''kita bukan pilihan'', ''Raja hadapi masalah kecederaan'' atau ''mampukan kita tanpa tonggak utama''. Perkataan ''usah gentar'' yang dipapar terus saja menaikkan semangat aku.Ayuh MALAYSIA BOLEH!!!! macam tu lah yang kita nak. Keyakinan mesti tinggi tapi jangan sampai terlebih yakin.Lawan perlu dihormati tapi bukan sampai mereka ditakuti...chewah..


Perlawanan akan dilangsungkan pada pukul 7.30mlm (waktu Indonesia) dan waktu Malaysia pula lewat 1 jam iaitu pukul 8.30 malam. Di fahamkan Astro Arena dan Tv1 tidak akan menyiarkan siaran secara langsung kerana kejohanan ini adalah milik mutlak ESPN (tak tau lah betuk ke tidak).So mungkin ada kat chanel 812 atau 813 (starsports) namun semuanya tidak pasti..pandai2 lah cari..huhu.Anda mungkin boleh menyaksikan perlawanan secara live melalui sesawang MIVO.Cubalah dan mungkin anda bernasib baik.


                                  Safiq? kau jangan pegang2 pengadil lagi.Nanti tak pasal2 kad merah..


Barisan kemungkinan aku dah post sebelum ni.Tak sabo nak tengok game malam ni..Apapun jangkaan keputusan aku tetap tidak berubah dengan 1-1..


P/s: Malaysia Boleh!!!!!!!!Malaysia Boleh!!!!!

Monday, November 29, 2010

Inilah barisan kita - Piala Suzuki AFF 2010

Melihat kepada senarai 22 pemain yang dihantar ke Pihak Penganjur untuk kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 nyata K.Rajagopal membuat tindakan yang bijak kerana mengadun antara pemain muda dan pemain senior. Cuma yang agak membimbangkan adalah dibahagian pertahanan tengah kerana tiada pemain senior untuk membimbing pemain-pemain lain yang nyata masih muda. Muslim Ahmad dan Fadzli Shas mungkin menjadi pilihan untuk posisi center back kerana Khairul Helmi Johari masih mentah diperingkat antarabangsa. Pemain tengah dan serangan agak seimbang dengan Safee Salee dan Idlan Talaha akan mengetuai serangan dan bahagian tengah akan dijana Shafiq Rahim. Senarai pemain yang disahkan untuk kejohanan ini adalah seperti berikut:


Penjaga gol: Khairul Fahmi, Sharbinee

Pertahanan:Mahalli Jasuli,Razman,Sabre Mat Abu, 
Mohd. MuslimAhmad, Mohd. Fadhli Shas, Khairul Helmi Johari, Asraruddin ,Mohd. Faizal Mohammad

Tengah:Safiq Rahim,Amri Yahyah, K. Gurusamy, Amar Rohidan, 
Khyril Muhymeen,Amirul Hadi Zainal, S.Kunanlan,Ashari 
Samsudin

Penyerang: Safee Sali,Idlan Talaha, Izzaq Faris,Faizal Abu Bakar

Formasi yang mungkin digunakan K.Rajagopal adalah 4-5-1untuk perlawanan pembukaan(rasanyalah):

                      Barisan kemungkinan skuad negara menentang Indonesia pada perlawanan pembukaan lusa 

K.Rajagopal juga mempunyai option untuk menurunkan Razman Roslan di pertahanan kanan dan membawa Sabree Abu ke posisi pertahan kiri ataupun dibahagian defensive midfielder kerana pemain ini adalah pemain yang versatile dan pernah beraksi di posisi itu untuk Kedah sebelum ini. Jika K.Rajagopal membuat keputusan untuk menurunkan Safee di bahagian serangan, Idlan Talaha mungkin akan menyerang daripada bahagian sayap sambil dibantu mari daripada bahagian tengah. Siapapun yang diturunkan, aku harap Malaysia akan mempamerkan permainan yang baik bagi sekurang2nya dapat ,mengutip 1 mata sebelum turun berhabis-habisan dalam perlawanan kedua menentang Thailand..

Tengku's Prediction: Indonesia 1 - 1 Malaysia

P/s: Malaysia Boleh!!!

Tuesday, November 23, 2010

Piala AFF Suzuki 2010: Mampukah Malaysia?

Kejohanan ini akan bermula 1 Dec 2010 dan berakhir pada 29 December 2010 di mana Indonesia dan Vietnam akan menjadi tuan rumah bersama bagi peringkat kumpulan.Diletakkan di dalam kumpulan A yang disertai tuan rumah Indonesia, Gergasi Asean Thailand dan juga Laos merupakan satu laluan berliku yang terpaksa ditempuh oleh skuad kebangsaan kendalian K.Rajagopal. Dengan ketiadaan tonggak2 utama seperti beradik kembar Aidil dan Zakuan peluang Malaysia untuk layak ke separuh akhir agak goyah merujuk kepada persembahan ketika di Sukan Asia yang sedang berlangsung ketika ini. Dengan hanya kurang lagi 2 minggu sebelum kejohanan ini bermula, K.Rajagopal pastinya gusar dengan pemain yang akan dipilih bagi mewakili negara di kejohanan ini nanti. Dengan Singapura dan Indonesia yang sudah menghantar senarai pemain ke kejohanan Piala Suzuki ini, Malaysia pastinya mengharapkan dapat menggunakan khidmat pemain yang masih tidak cergas ketika ini seperti Azmi Muslim, Baddrul Bakhtiar, Nasriq Ibrahim, Farizal Marlias dan juga Fakhri Sharaani dengan harapan mereka dapat pulih menjelang bermulanya kejohanan. Malaysia akan memulakan kejohanan menentang Indonesia di keramat mereka Gelora Bung Karno sebelum turun dalam misi hidup mati menentang Thailand (pastinya mereka mahu membalas dendam atas kekalahan ketika di Sukan Sea Laos yang lalu) dan akan menutup jadual kumpulan bertemu Pasukan Laos.(jadual penuh lihat SINI)

                                     Senarai pasukan yang bertanding di Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010


Barisan 26 Pemain Singapura yang disenaraikan (akan dikurangkan kepada 22 menjelang perlawanan pertama menentang Vietnam):


Goalkeepers: Lionel Lewis (Home United), Hassan Sunny (Tampines Rovers), Izwan Mahbud (Young Lions) 


Defenders: Juma'at Jantan (Home United), Rosman Sulaiman (Home United), Baihakki Khaizan (Persib Bandung, Ina), Precious Emuejeraye (Persija Jakarta, Ina), Daniel Bennett (SAFFC), Afiq Yunos (Young Lions), Irwan Shah (Young Lions), Safuwan Baharudin (Young Lions), Noh Rahman (SAFCC) 



Midfielders: Ridhuan Muhamad (Arema, Ina), Isa Halim (Home United), Shi Jiayi (Home United), Tengku Mushadad (Home United), Mustafic Fahrudin (Persela Lamongan, Ina), Shahril Ishak (Persib Bandung, Ina), Shahdan Sulaiman (Tampines Rovers), Hariss Harun (Young Lions) 



Forwards: Noh Alam Shah (Arema, Ina), Masrezwan Masturi (Geylang United), Fazrul Nawaz (Gombak United), Khairul Amri (Persiba Balikpapan,Ina), Agu Casmir (Persija Jakarta, Ina), Aleksandar Duric (Tampines Rovers) 

Barisan 30 Pemain Indonesia yang disenaraikan (akan dikurangkan kepada 22 menjelang perlawanan pertama menentang Malaysia):

Goalkeepers: Markus Horison (Persib Bandung), Ferry Rotinsulu (Sriwijaya FC), Kurnia Meiga (Arema Indonesia), Made Wirawan (Persiba Balikpapan) 



Defenders: Zulkifly Syukur (Arema), Benny Wahyudi (Arema), Ricardo Salampessy (Persipura), Nova Arianto, Maman Abdurahman (Persib), Hamka Hamzah (Persipura), Yesaya Desnam (Persiwa), M Roby (Persisam), M Nasuha (Persija), Slamet Riyadi (Persela), M Ridwan (Sriwijaya) 



Midfielders: Arif Suyono (Sriwijaya), Tony Sucipto (Persija), Firman Utina (Sriwijaya), Eka Ramdani (Persib), Ahmad Bustomi (Arema), Hariono (Persib), Johan Juansyah (Persijap), Oktovianus Maniani (Sriwijaya), Oktavianus (Persija)

Forwards: Christian Gonzales (Persib), Irfan Bachdim (Persema), Boaz Solossa (Persipura), Bambang Pamungkas (Persija), Yongki Aribowo (Arema), Budi Sudarsono (Sriwijaya) 


P/s: Aku memang tunggu sangat kejohanan ni sebab aku nak tengak sejauh mana lagi team Malaysia boleh pergi dan aku harap pingat emas Sukan Sea dan layak ke Pusingan ke-2 Sukan Asia lalu bukan lah nasib baik. Dengan kejohanan ini yang diiktiraf FIFA kerana dikategorikan sebagai 'International Tournament' bukannya U-23 atau U-21. Kagum sekejap aku tengok senarai pemain Singapura seperti Noh Alam Shah, Khairul Amri serta Shahril Ishak yang mampu beraksi di 'luar' walaupun ianya di Indonesia. to be continue...huu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...