Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, July 9, 2015

Cerita 4 Bulan Kehidupanku di Liverpool - Bahagian 1

Assalamualaikum..

Semalam genap 4 bulan aku dan famili menetap di Liverpool. Macam tak percaya je dah masuk 4 bulan. Pulak sekarang bulan Ramadhan.Terkenang-kenang dan terngiang-ngiang bazaar Ramadhan kat Malaysia. Rindu siot! Kat sini takda bazaar Ramadhan, almost semua juadah berbuka masak sendiri.Kalau rajin buat lah kuih apa2 yang kami tau. Tatkala ni Google lah teman paling setia.haha

Gambar pertama di bumi Liverpool(depan rumah 'host' kami). Muka cover sejuk amat!    
4°C tuuuu

Selfie Stick takda.Nak suruh 'host' ambik kan gamba pon segan..
So gambar di upload secara berasingan..haha


Anak-anak pon dah boleh adapt dengan sekolah omputeh ni. Sesekali terkeluar slang 'scoucers' rasa nak tergelak pon ada. Mana taknye money kita sebut 'muuniii'..sometimes 'what' kita sebut 'whuoouuttt'..dalam sungguh bunyi dia. Kami pon terjebak sekali dengan slang Liverpool ni.Adoiiiii.

Alhamdulillah sejak sampai sini banyak orang yang bantu untuk sesuaikan diri terutama Pihak MSC, satu komuniti yang ditubuhkan khas untuk membantu khusus kepada Student Post Graduate (rujuk SINI)bagi yang dah berkeluarga. Urusan rumah, lokasi sekolah anak, kedai makanan halal, pemilik rumah semua diambil kira kat sini sebelum menetap di mana-mana. Tak boleh main bedal je.Silap hari bulan  ada berjalan sejam pegi balik hantar anak kesekolah nanti. Maklumlah mana kita nak ada kereta masa mula2 sampai ni unless kita memang berkemampuan.

At least nak settle down ambik masa at least 2-3 bulan. Kekadang ada juga yang makan masa 6 bulan baru nak settle down. Sebab dekat sini bukan macam Malaysia senang nak keluar sana sini, makan cendol sana sini, roti canai teh tarik bagai kalau rasa tension bagai. Susah hati pi balik kampung jumpa mak ayah,jumpa adik beradik dan sedara mara. Kat sini kita hanya ada famili kita dan juga komuniti yang kita pon masih tak kenal.'Jet Lag' pon kalau tak usaha nak atasi kekadang boleh sampai dua ke tiga minggu baru nak pulih. Jangan main2 wooooo... Sini malam di nasihatkan duduk lepak bersama keluarga dirumah. Kes jenayah dekat Liverpool pon boleh tahan tinggi.Antara yang tertinggi di UK.Sebab tu dekat sini Insuran kereta agak mahal. So kena banyak bertanya dan jangan gelojoh pi beli Insuran yang banyak di iklan di internet. Ada kes brader ni kene bayar sebulan 600 pound!! Gila betul.

So aku akan sambung lagi chapter seterusnya pada masa yang akan datang. Ye lah 4 bulan tu dia punye tajuk. Mana dan nak cerita dalam satu bahagian..Kena bersiri barulah thrill..hahaha
Hari pertama 'host' sediakan Nasi Ayam.Dia punya lapo jangan cerita lah.
Sejuk kot.Apalagi !!!

Untung zaman moden sampai-sampai terus 'skype'.


to be continue.......:-)


Thursday, June 2, 2011

Happy Anniversary !



Peduli apa aku dengan kemenangan Sepp Blatter dalam pemilihan penggal baru untuk jawatan Presiden FIFA! - Bangang kertas undi ada satu nama jer!
Peduli apa aku dengan perlantikan Sam Allardyce sebagai manager baru West HamPEH!
Peduli apa aku dengan kelab Swansea FC layak bermain di EPL season depan!
Peduli apa gaji aku baru masuk minggu lepas!
Peduli apa aku yang MU kena 'ayamkan' dengan Barca dalam final UCL baru-baru ni..
Peduli apa aku Giggs layan pelacur kasta rendah..
Yang PALING PENTING! Hari ni anniversary perkahwinan aku yang ke-4! hahaha...

THANKS..to

Tuhan yang Maha Esa
My Lovely Wife - Umniyyah Ulfa Hussine
My Lovely Twin - Sarah & Khayra
My Lovely baby - coming soon, InsyaAllah.
My Lovely Family kat Kampung - Ismail & Asiah, Sairi, Shafiq, Shafie, Azizi dan Azam
My Lovey 'mentua dan family' - Hussine, Rugayah dan Ismat
and...to all my friends!

And hopefully our marriage kekal hingga ke akhir hayat..InsyaAllah..

To my lovely wife, thanks for your supports since we met 10 years ago till now..I LOVE U so much!!!













Dan kat atas ni hanya sebahagian daripada memori indah aku bersama yang tersayang..banyak lagi yang tersimpan rapi dan tak muat ruangan blog ni kalau aku upload semua...dan sekali lagi..Happy 4th Anniversary to me..hehehe..YNWA...

Wednesday, February 16, 2011

Anak-anak jadi mangsa..

Pergh tengok tajuk macam ngeri..macam kene penderaan..tapi sebab nak post benda-benda ringan time-time kepala tengah sarat dengan keje.ginilah jadinya..hahaha.Sebab papa minat bola, anak-anak jadi mangsa.Perempuan lak tuh..tipulah tak teringin nak anak lelaki.InsyaAllah jika diizinkanNya. Tengah mencuba..opsss.Maknya, take note.hua hua hua!!
Puteri Sarah 'Suarez' dan Puteri Khayra 'Carroll'..maafkan papa sebab anak papa jadi mangsa..peace!!

During match between Malaysia vs Kuala Lumpur
KLFA stadium Cheras
At Scoreboard Hi-Tea Event- Subang Jaya
At Scoreboard Hi-Tea Event- Subang Jaya

At Scoreboard Hi-Tea Event- Subang Jaya
At Scoreboard Hi-Tea Event- Subang Jaya
During Malaysia vs South Korea at Bukit Jalil
Layan jer laa...Sara dan Khayra ni.
Tidak ketinggalan mak kesayangan..Futsal antara Blok
All in reds!
Liverpool Wonderkid..hahaha



Friday, February 11, 2011

Aku dan Liverpool..

Tengku's Collection
Interview oleh aku yang dijawab oleh aku sendiri.Tentang LIVERPOOL...hahaha (di kedai mamak kat setapak..)


Aku (Si Tanya): Kenapa Liverpool, bukan Man U, Chelsea or Arsenal..?
Aku (Si Jawab): Robbie Fowler.That all..

Aku (Si Tanya): Minat Liverpool sejak bila yer?
Aku (Si Jawab): Tahun 1992..Masa tu umur 10 tahun sebab lahir tahun 1982.

Aku (Si Tanya): Dah jumpa pengganti Robbie Fowler? 
Aku (Si Jawab): Belum! Matt Derbyshire ada gaya fowler tapi talent,jauh...

Aku(Si Tanya): Selain daripada Fowler, siapa lagi pemain yang masih dihati..
Aku (Si Jawab): Luis Garcia.What a player!


Aku (Si Tanya): Worst ever player in Liverpool shirt
Aku (Si Jawab): El-Hadhi Diouf..


Aku (Si Tanya): Best moment?
Aku (Si Jawab): Champions League Final 2005 at Istanbul .Tengok dekat kedai mamak kat Cheras masa tu.Even sampai kat umah sewa Ukay Perdana tapi pegi keje pagi tu jugak dengan senyum meleret-leret.


Aku (Si Tanya):Worst moment?
Aku (Si Jawab): Masa tu tahun 1996, umur aku dalam 14 tahun..Aku keluar bilik air smabil berlari dan...Eric Cantona menjaringkan gol pada minit ke-86 (kalo tak silap aku)..Liverpool kalah final Piala FA Inggeris 0-1 kepada mmmm Manchester United!


Aku (Si Tanya): Berapa banyak baju Liverpool yang you ada?tak kisah la jersey atau T-shirt
Aku (Si Jawab):..mmm 1, 2, 3,.....Lebih kurang 20 kot..termasuk jacket, singlet..macam-macam lagilah!


Aku (Si Tanya): Barang-barang Liverpool yang paling disayangi?



Aku (Si Jawab):Autobiography Robbie Fowler..Beli dekat Kinokuniya KLCC..hehehe


Aku (Si Tanya): Kengkawan sekeliling kebanyakkan minat pasukan apa?
Aku (Si Jawab): Mostly Manchester United, Chelsea and Arsenal pun ada jugak..tapi Liverpool..Adoo....memang susah nak jumpa! lagi-lagi yang bawah-bawah..


Aku (Si Tanya): Family macam mana?
Aku (Si Jawab): Abah, Angah, Uda, Ancik, Azam semua Man U.Cuma adik ke-4 Andak jer yang Liverpool..Wife plak mula-mula Arsenal, tapi lepas kawin kene ikut suamilah..anak-anak (Sara & Khayra) kompem Liverpool.
My Lovely Twin - Sara & Khayra
Aku (Si Tanya): Pernah tak terpikir nak sokong pasukan lain..mm.., macam Man U?
Aku (Si Jawab): Never!! full stop..


Aku (Si Tanya): Rasanya season 2010/2011, Liverpool akan berada di mana selepas 38 perlawanan?
Aku (Si Jawab): Top 4!


Cukup la setakat ini..Next time kita ketemu lagi. Have a nice day Tengku Sidek...

Tuesday, January 11, 2011

Twins in football


Mana satu Aidil dan mana satu Zaquan?

Disebabkan anak aku kembar,berikut adalah pemain bolasepak professional yang pernah, sedang mahupun yang akan mewarnai dunia bola sepak kita.Ada kene mengena ker?Adoi, ini jer lah artikel yang sesuai kot..hahaha..lantaklah..Sebab my wife ada geng2 kembar dalam blog dia..(Wife's Blog)
  • Hamit and Halil Altıntop from Turkey (Hamit played for Bayern Munich and Halil for Schalke 04 in Germany)
  • Vasili and Aleksei Berezutski from Russian
  • Archil and Shota Arveladze from Georgia
  • Guillermo and Gustavo Barros Schelotto (born 1973), both Argentine football (soccer) players
  • Frank and Ronald de Boer (born 1970) from Dutch international football (soccer) players
  • Adam and James Chambers (born 1980)from England
  • Philipp and David Degen from Switzerland
  • Jorge and Julio Dely Valdés from Panama
  • Lukáš and Tomáš Došek (born 1978) from Czech Republic
  • Jeroen and Henrico Drost, Dutch football (soccer) players
  • Antonio and Emanuele Filippini (born 1973) from Italy
  • Miguel and Javier Flaño, from Spain
  • Ron Futcher and Paul Futcher (born 1956) from England
  • Adam and Joel Griffiths footballers who play for the Newcastle United Jets football club
  • Arnar and Bjarki Gunnlaugsson (born 1973), from Iceland
  • Hossam and Ibrahim Hassan, from Egypt
  • David and Dean Holdsworth (born 1968), from England
  • David (born 1937) and Peter Jackson (1937–1991), from England
  • René and Willy van de Kerkhof (born 1951), Dutch international footballers
  • Erwin and Helmut Kremers (born 1949), from Germany
  • Eissa Meer and Ibrahim Meer, from United Arab Emirates both played together in the 1990 FIFA World Cup
  • Kazuyuki and Kōji Morisaki (born 1981), from Japan
  • Dennis and Gérard de Nooijer, Dutch footballers
  • Maksym (1988–2008) and Pavlo Pashayev (born 1988), Ukrainian footballers
  • Andreas and Thomas Ravelli, Swedish football players
  • Ebbe and Peter Sand (born 1972), Danish footballers
  • Hisato and Yūto Satō (born 1982) from Japan
  • Rafael and Fabio Pereira da Silva Brazilian footballers (Currently with Manchester United)
  • Cristian and Damiano Zenoni (born 1977) are Italian football players
  • Marcin and Michał Żewłakow (born 1976), are Polish international footballers
  • Flavio Paixao and Marco Paixao (Born 1984) Portugese Footballers who both play at Hamilton Academical
  • Sanna and Sainey Nyassi (born 1989) are Gambian Twins playing for Seattle Sounders and the New England Revolution
  • Lars and Sven Bender- German players who play for Bayer Leverkusen and Borussia Dortmund respectively.
  • Aidil Zafuan and Zaquan Adha - Malaysian international who both play for Negeri Sembilan.
FUTURE TWINS WHO WILL STARS IN WORLD FOOTBALL (WOMAN LAH....)

Mungkin boleh jadi sehebat Mia Hamm ataupun Birgit Printz
Malaysia dan England akan berebut suatu hari nanti..haha

Kenny Daglish,please take note..bantal tak tinggal tu
Turun training awal dari lain-lain pemain..hehe

Adoi..passing bola pun tak tepat..-kata khayra
Sebab papa diaorang ni memang minat sangat kat bola..so paham2 jer lah kalau baju2 diaorang ni ada terselit bola..takat baju Liverpool tuh..hmmm silap2 baju diaorang lebih banyak dari papanya..maklumlah sekali beli 2 pasang..hahaha


Friday, December 31, 2010

Ohhh,Sweet 28???


Sweet
28?? apa kejadahnya semua ini.Bukan sweet tapi dah sampai nak habis sour..haha..Aku rasa antara sebab tambahan kepada cuti hari ini selain daripada kemenangan di Kejohanan Piala Suzuki AFF adalah sebab hari jadi aku kot yang jatuhnya hari ini lah..31 December setiap tahun.Betul aku tipu.Terima kasih kepada isteri tercinta UMNIYYAH ULFA BINTI HUSSINE yang bersusah payah untuk menempah kek untuk aku..Terima kasih sayang..apa kena mengena hari jadi, kek dengan blog aku yang patut pasal bola ni???

Sebab kek yang ditempah telah diletakkan LOGO Liverpool!!!!! I like so much!!!!Thanks sayang.Haa kan ada kena mengena dengan bola kan.Lupakan sekejap pasal Liverpool yang tengah terumbang ambing macam kambing sekarang ni.Now i want fully focus on eating that cake!! hahaha.nyum nyum.Aku bayangkan kek tuh macam Roy Hodgson.aku telan bulat-bulat.Geram sangat dengan manager sekarang..Biasanya aku sambut gitu-gitu jer, tapi kali ini dengan hanya berbekalkan kek Liverpool hasil usaha isteri aku yang tersayang..Sangat-sangat gembira lah ditambah dengan kemenangan skuad kebangsaan di Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010.Anak-anak aku pun semangat makan kek tuh sebab ada Liverpool.Keluarga Liverpool lah katakan..hahaha..Semoga Panjang Umur!!! (ucap pada diri sendiri, huh tak tahu malu betul..hahaha)

With Sara
With Khayra
Sara again..
Oh my Liverpool's cake..haha


Saturday, December 4, 2010

When Italian went to KLCC..

Tajuk macam gempak..ingatkan Totti ker, Buffon ker, Del Piero ke, Inzaghi ke yang datang KLCC..lorr..Rupanya rakyat Malaysia yang pakai baju Italy jalan-jalan kat KLCC..hahaha..Kalau puteri2 kesayangan aku ni pakai baju berunsurkan bola, sapa lagi kalau bukan bapaknya yang belikan..huhu..minta maap maknya..tu jer la baju yang abang tahu nak beli kalau maknya tak da sekali..huhu..Hujung miggu dah tak da pape nak buat..So, misi menghabiskan duit dalam ATM pun bermula..yezza!!

                                Beraksi didepan kamera sebelum memulakan perlawanan..hehe




                                                                              Jalan-jalan cari makan..


Gambar kitaorang lebih menyerlah dibandingkan dengan KLCC..:-)

Macam biasalah..kene 'paw' dengan anak2..abis syling PAPA..tak per PAPA belanja

Aduh..nak jugak adik aku sorang ni..

Bibik ku sedang melayan karenah puteri2 ku di taman permainan


Penamat di Restoran 'Sampan' di Kampung Baru..errkkkkk!!!



Masa sampai..''tak sedap la bang..masin'' (merujuk kata wife ku)..tapi ini kesudahannya..- kesimpulannya kedai ni berhantu sebab makanan tak sedap pun boleh abis..hahaha


to be continue....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...