Showing posts with label Asian Games. Show all posts
Showing posts with label Asian Games. Show all posts

Saturday, November 13, 2010

China U23 (3) vs Malaysia U23 (0) (Sukan Asia Ghuangzhou China)

Hmm..baru 25 minit ..Malaysia terpaksa beraksi 9 pemain.menentang China!! Referee is totally bulls***!!! yellow card for 1st challenge(Mahalli Jasuli) on the 1st minute was unacceptable. Fair for the 2nd yellow card but red card for our captain is weird..He just moaning about the card and then he received a red card!!! bulls***!! totally biased to the home team..Nama pengadil perlawanan ini adalah Ben Williams!!!Warga Australia.Pengadil FIFA sejak 2005.Hanya layak untuk mengadili perlawanan kelayakan sempena Piala Dunia 2010 (patutla, pengadil low class, klik SINI) Lahir pada 1977 - umur dia lebih kurang 33 tahun..aduh masih mentah dalam dunia pengadilan dan akaun ATM nya sentiasa kering dihujung bulan..hahaha mungkin (sebab tu dia ambik rasuah!!!)..aku rasa William kat Kelana Jaya yang ada gerai makan tu lagi baik jadi pengadil.hahaha..Ben Williams pengadil lawak..baru habis layan 1st half..0-0..tahniah buat skuad kendalian RajaGOPAL..Pengulas Zainal Abidin Rawop di Astro Arena asyiklah memerli Ben Williams dan aku rasa ini adalah perlawanan terakhir dia di Sukan Asia kali ni..aku rasa kekuatan kedua-dua pasukan adalah seimbang dan tak nampak dimana 'special'nya pemain2 China..

tawaran bernilai 50 juta pound kepada sesiapa yang membawa kepalanya balik ke Malaysia..huhu


China sudah mendahului 2-0 selepas minit ke 63 (2 gol dalam masa 4 minit)..dengan 9 pemain, apa yang boleh kita harapkan selain tidak kalah dengan jaringan yang besar..dan pastinya setelah habis perlawanan ini pastinya ramai pihak akan bercakap mengenai BEN WILLIAMS dan bukannya pasal kehangatan perlawanan tersebut..aku pun sama jugak!! dah bertubi-tubi kata kesat kau keluarkan ..sampai anak aku pun asik mencebik!!''papa cakap apa tuh???..''papa cakap apa tuh??'' huh..tinggal sepuluh minit jer..hopefully result ni kekal..Pejaga Gol Khairul Fahmy Che Mat beraksi cukup cemerlang bersama-sama Muslim Ahmad (pemeneang pingat emas Sukan Sea Laos)..Ohh 3-0 sudaa.satu lagi kad merah untuk S.Kunalan..8 orang!! damn BEN WILLIAMS..daripada skala 10 untuk pengadil bangsat ni aku bagi -1..boleh ker? boleh kot sebab ni aku punyer blog..kan kan..Good News!! mengikup perkiraan Malaysia layak ke pusingan ke-2 dan akan menentang Iran U23 kerana menduduki 4 terbaik dikalangan pasukan ditangga ke-3 setiap kumpulan.. Apapun syabas Malaysia!!!!!

* jgn kau mimpi nak datang ke Malaysia Ben Williams!!! nahas ko..

Wednesday, November 10, 2010

Malaysia U23 vs Jepun U23 (Sukan Asia di Ghuangzhou China)

Hmmm..seperti yang dijangka, Pasukan Kebangsaan Bawah 23 tahun Malaysia tumpas 0-2 (Kensuke Nagai 26', Hotaru Yamaguchi 63') kepada Jepun dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Sukan Asia di China yang baru tamat sebentar tadi.Kedua-dua gol adalah kesilapan pemain pertahanan yang mana menunjukan kita terasa dengan ketiadaan Aidil mahupun Zamani Misbah.Apa yang diperhatikan pasukan Malaysia masih jauh untuk menyaingi keupayaan pemain-pemain daripada matahari terbit ini..Dapat diperhatikan majoriti pemain agak gugup apabila memegang bola dan possession jelas milik pemain Jepun.Asakan yang cuba digerakkan oleh ketua pasukan Shafiq Rahim juga kebanyakkannya tersekat ditengah padang. Hantaran yang dilakukan juga tidak lancar dan kurang tepat secara keseluruhan.Pasukan Malaysia hanya terdaya melakukan 3 percubaan (2 percubaan tepat) berbanding Pasukan Jepun dengan 18 (8 percubaan tepat).Dengan kekalahan ini Malaysia masih lagi kekal dengan 3 mata manakala Jepun dengan 6 mata dan selepas ini tugas berat menanti pasukan Malaysia apabila turun menentang tuan rumah China 3 hari lagi(Sabtu 6.30ptg-waktu Malaysia).Harap2 Malaysia akan mendapat keputusan yang positif apabila menentang China bagi mencerahkan peluang untuk mara secara automatik ke pusingan seterusnya mahupun melalui play-off..Terima kasih kepada pihak RTM and Astro kerana menyiarkan perlawanan secara langsung di kaca TV.

apa2 pun....tahniah atas kesungguhan yang ditunjukkan dan "MALAYSIA BOLEH...!!!''





Tuesday, November 9, 2010

Malaysia U23 2 - 1 Kyrgystan U23 (Sukan Asia di Ghuangzhou China)

Keputusan perlawanan Bola Sepak semalam menunjukkan status bola sepak Malaysia kini semakin membanggakan dengan kemenangan yang dicapai oleh skuad kendalian K.Rajagopal ketika menang 2-1 ke atas Kyrgystan melalui jaringan Norsharul Idlan Talaha(Pemain Paling Bernilai Liga Super 2010) dan S.Chanturu(Harimau Muda A)..Kemenangan moral yang sememang dicari-cari sebelum bertemu gergasi Asia iaitu Jepun dan China pada perlawanan seterusnya..Apa yang menarik, walaupun ianya satu kemenangan WAJIB ke atas pasukan yang berada 24 tangga di bawah Malaysia melalui rangking terbaru yang dikeluarkan FIFA dimana Malaysia kini ditangga ke-149 manakala Kyrgystan hanyalah di tangga ke 173, namun kemenangan yang dicapai di luar bumi Malaysia menunjukkan pemain2 kita kini semakin matang dan tidak takut untuk berjuang. 
                                  Ranking Terbaru FIFA - Sources by FIFA.com


Dengan ketiadaan pemain-pemain tonggak seperti adik beradik kembar Aidil dan Zakuan Adha(N.9), Nasriq Ibrahim (Selangor), ayam tambatan Kedah Baddrol Bakhtiar, Perjaga gol utama Farizal Marlias(Perlis) dan Shebinee Allawee (Terengganu) ianya bukan tugas mudah namun Malaysia masih mampu mempamerkan permainan yang bukan lah terbaik tetapi cukup untuk mengutip 3 mata penuh..Skuad yang rata-rata dibarisi oleh pemain muda negara bersama-sama skuad Harimau Muda A dan B nyata dapat di 'blend' dengan baik oleh Jurulatih utaman skuad negara K.Rajagopal..Dengan perlawanan selepas ini menentang Jepun yang terkenal kerana melahirkan pemain-pemain bintang seperti Hideotasi Nakata, Shinji Ono, Shunsuke Nakamura, Keisuke Honda dan ramai lagi..pastinya ianya perlawanan sukar ditambah dengan kecederaan yang di alami oleh ketua pasukan Norhafiz Zamani Misbah..Namun aku suka dengan sikap positif K.Rajagopal yang menyatakan kepada anak-anak buahnya bahawa jangan memandang terlalu tinggi kepada pasukan Jepun dan China kerana dia percaya keputusan dicipta di atas padang dan bukan nya di atas kertas...JAPANESE!!! you next.....haha..MALAYSIA BOLEH dan MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!!....




















Jersey terbaru Skuad Malaysia..One Word!!. Beautiful









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...