Showing posts with label Senyum Pisang. Show all posts
Showing posts with label Senyum Pisang. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

Jangan Ikut Sedap Mulut

Apa kene mengena main bola sepak dengan lidah.Kalau makan sup, adalah jugak kaitannya. Sesekali bertazkirah apa salahnya. Cuma sekadar mengingatkan sesama kita.Sebab saya pun sama jugak macam korang semua. Selalu 'ter'..macam-macam yang keluar dari mulut adalah 'ter'. Ehhh M*****K ni!!!..ahh contoh..nampak? nampak?

Yang perlu dielakkan(contoh):

1. Elakkan menyebut C***I ketika Suarez menjaringkan gol ketika menentang Man U - tak elok tuh.
2. Jangan selalu mencarut bila pemain pasukan kesayangan anda off side, terlepas peluang dan kena kad merah. Mencarut yang macam ni 'F**K Off'..(selalu Wayne Rooney ucapkan)
3. Salahkan pengadil atas kesilapan yang dilakukan pemain - macam Wenger dan Alex selalu buat - tak elok salahkan orang lain.
4. Mengutuk pemain dan samakan dengan binatang..ish3..macam Bale yang salu dikutuk macam 'B***K'..tak baik tak baik..



Yang digalakkan(contoh):

1. Cantik gigi Suarez. Terror lak tu - Kita memang digalakkan memuji dan dalam pada sama merendah diri kan kan kan..
2. Hensem la Abg Carroll - Kan sedap dengar
3. Tak pe la Kuyt, dah bukan rezeki - ulasan 'KALAU' penalti Kuyt lawan Arsenal tak masuk la..tapi masalahnya masuk..so cakap la YEAHHHH!!..hahaha



4. Arsenal boleh cuba lagi tahun depan - Nampak, siap bagi sokongan moral kepada fans Gunnners lagi.


My Teeth comes Original
Hensem? Hensem kan?
Rileks2..sapa yang baca macam tak pueh hati..lontarkan komen anda di ruangan yang disediakan..hahahaha

YNWA-Idok ler kamu sekali sekale berjalan keseorangan..(nak jugak main longhat perak..adehhh, ntah betul ntahkan tidak)

Tuesday, November 23, 2010

Brazil dan Malaysia - Al Kisah

4.30 petang (Waktu Brazil):

Robinho: Kaka, Pato dan Ronaldinho jom main bola!! dah dekat pukul 5 ni ha.(sambil memegang sebiji bola yang buruk rupanya)
(Tanpa melengahkan masa Kaka, Pato dan Ronaldinho pun terus dengan berkaki ayam ke tempat biasa mereka bermain bola)

Kaka: Huh ramai betul orang kat padang. Berdebu2 macam ni pun boleh ramai. Pening2!!
Robinho: Biasalah tu.Apa lagi nak dibuat waktu2 macam ni.bukan ada TGV ataupun GSC nak tengok wayang.Awek pun mana nak sangkut.Poket pun kosong.
Ronaldinho: Bukan kata tak dak duit.seluar kita ni poket pun tak de..hahaha

Mereka pun bermain bola disitu hampir setiap petang hinggalah suatu petang seorang pencari bakat melihat mereka berempat. dan dari situ mereka terus dipanggil untuk di uji bakat...Tahun silih berganti  berlalu dan kini Ronaldinho adalah bekas pemain bola terbaik dunia sebanyak dua kali, Pato dan Robinho kini beraksi bersama AC Milan dan Kaka bersama Galaticos Real Madrid..O.M.G!!

4.30 petang (Waktu Malaysia):

Ali: Mat, Abu, Kasim!!! Jom main bola.
Mat: Aduh kasut aku takda la plak.dah koyak sikit. Ni yang malas ni.
Abu: Bola baru ke bola lama.Bola baru semangat sikit nak main.
Kasim: Sekarang bukan musim guli dengan lelayang ker? kompem kosong padang ni..hehe (sambil meraba guli di dalam poketnya)

Tahun demi tahun berlalu dan kini Ali adalah seorang Engineer di firma bapaknya, Mat pula melanjutkan pelajaran keluar negara kerana desakan keluarga (jadik doktor kot), sementara Abu pula seoarang usahawan dan hanya Kasim yang berjaya menjadi pemain bola sepak professional di Malaysia yang beraksi untuk negeri ******* (tak boleh sebut, sensitif) tengah berkira2 bila gaji nak MASUK!!! sebab dah 3 bulan tak bergaji..aduhhhh!!!!!

* Watak2 di atas tiada kene mengena sama ada yang masih hidup ataupun mati..cuma sebuah nukilan dalam bentuk komedi yang ikhlas datang dari hati..chewahhhh!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...