Thursday, July 9, 2015

Cerita 4 Bulan Kehidupanku di Liverpool - Bahagian 1

Assalamualaikum..

Semalam genap 4 bulan aku dan famili menetap di Liverpool. Macam tak percaya je dah masuk 4 bulan. Pulak sekarang bulan Ramadhan.Terkenang-kenang dan terngiang-ngiang bazaar Ramadhan kat Malaysia. Rindu siot! Kat sini takda bazaar Ramadhan, almost semua juadah berbuka masak sendiri.Kalau rajin buat lah kuih apa2 yang kami tau. Tatkala ni Google lah teman paling setia.haha

Gambar pertama di bumi Liverpool(depan rumah 'host' kami). Muka cover sejuk amat!    
4°C tuuuu

Selfie Stick takda.Nak suruh 'host' ambik kan gamba pon segan..
So gambar di upload secara berasingan..haha


Anak-anak pon dah boleh adapt dengan sekolah omputeh ni. Sesekali terkeluar slang 'scoucers' rasa nak tergelak pon ada. Mana taknye money kita sebut 'muuniii'..sometimes 'what' kita sebut 'whuoouuttt'..dalam sungguh bunyi dia. Kami pon terjebak sekali dengan slang Liverpool ni.Adoiiiii.

Alhamdulillah sejak sampai sini banyak orang yang bantu untuk sesuaikan diri terutama Pihak MSC, satu komuniti yang ditubuhkan khas untuk membantu khusus kepada Student Post Graduate (rujuk SINI)bagi yang dah berkeluarga. Urusan rumah, lokasi sekolah anak, kedai makanan halal, pemilik rumah semua diambil kira kat sini sebelum menetap di mana-mana. Tak boleh main bedal je.Silap hari bulan  ada berjalan sejam pegi balik hantar anak kesekolah nanti. Maklumlah mana kita nak ada kereta masa mula2 sampai ni unless kita memang berkemampuan.

At least nak settle down ambik masa at least 2-3 bulan. Kekadang ada juga yang makan masa 6 bulan baru nak settle down. Sebab dekat sini bukan macam Malaysia senang nak keluar sana sini, makan cendol sana sini, roti canai teh tarik bagai kalau rasa tension bagai. Susah hati pi balik kampung jumpa mak ayah,jumpa adik beradik dan sedara mara. Kat sini kita hanya ada famili kita dan juga komuniti yang kita pon masih tak kenal.'Jet Lag' pon kalau tak usaha nak atasi kekadang boleh sampai dua ke tiga minggu baru nak pulih. Jangan main2 wooooo... Sini malam di nasihatkan duduk lepak bersama keluarga dirumah. Kes jenayah dekat Liverpool pon boleh tahan tinggi.Antara yang tertinggi di UK.Sebab tu dekat sini Insuran kereta agak mahal. So kena banyak bertanya dan jangan gelojoh pi beli Insuran yang banyak di iklan di internet. Ada kes brader ni kene bayar sebulan 600 pound!! Gila betul.

So aku akan sambung lagi chapter seterusnya pada masa yang akan datang. Ye lah 4 bulan tu dia punye tajuk. Mana dan nak cerita dalam satu bahagian..Kena bersiri barulah thrill..hahaha
Hari pertama 'host' sediakan Nasi Ayam.Dia punya lapo jangan cerita lah.
Sejuk kot.Apalagi !!!

Untung zaman moden sampai-sampai terus 'skype'.


to be continue.......:-)


Saturday, July 4, 2015

Kod E pada makanan HALAL

Hari Sabtu dekat Liverpool ni tambah-tambah bila korang takde kereta..Ngadap Internet je lah kejenye..Ni nak kongsi sikit cerita pasal Kod E dekat makanan halal..

Dekat Malaysia kami sekeluarga memang tak ambik 'port' pasal kod E ni. Semua kami assume halal sebab semua kami 'take for granted'. Benda paling cliche bila kami upload gamba makanan kat Insta mesti akan ada orang komen..'halal ke?'..takda babi ke?..Yang bagus bila balik Malaysia nanti memang benda2 remeh macam ni kami akan semak punya.

Dekat sini kita tanpa dipaksa dan secara automatiknya akan selalu dok jengah kod makanan terutama yang paling sensitif iaitu Kod E. Sebab benda alah emulsifier ni kalau tak hati2 termakan kita sisa Ba Alif Ba Ya. So bagi sesiapa yang nak berhijrah, bermaustautin atau menyambung pelajaran especially kat UK ni eloklah kiranya korang selalu baca dan kalau boleh hafal kod2 E ni. Bukan untuk kita je malah untuk anak2 kita. Nasib lah kitorang duduk kat Liverpool bole tahan senang nak dapatkan sumber halal. Yang penting benda yang kita beli hahal dan toyyiba. Kalau ragu2 jangan beli.Senang..

Dan satu lagi nasihat..Orang2 lama kat sini bagitau, kalau boleh ambik produk yang ada tanda 'V' bermaksud Vegetarian. Orang cakaplah..Ianya lebih meyakinkan kerana Emulsifier nya biasa di estrak dari tumbuh tumbuhan.Begituuuu....

Antara produk syarikat halal yang boleh didapati di Liverpool

Roti ni ada tanda HALAL. Sedap pon sedap!

Dan bila korang duduk oversea ni korang akan hargai benda halal yang korang dapat dan yang paling pasti korang akan rindu GILER makanan Malaysia. Tak Percaya?? Korang cubalah..haha

Kalau korang nak baca pasal Kod E dengan terperinci boleh rujuk Kod E Halal.


TF : Tak semua indah bila duduk oversea ni..Yang korang nampak kat media sosial memang semua BEST..Realitinya tidak begitu..Its how we live our life there..jumpa lagi...



Thursday, July 2, 2015

Best Liverpool Line Up for New 2105/2016 Season

Liverpool's early business was truly unusual and the captured of Firmino and Milner were eye-catching! Just WOW.


This Line Up offered:

> More Stability at the back.
> Can and Henderson should be provided MORE shield at the back and THE most important both of them are ENERGETIC.

> Coutinho and Firmino both were INSANE partnership! No doubt about that.
> If LFC can keep Sturridge fit at least for 30 BPL games. We should be in the top four at the end of the season. TRUST ME.

MILNER for me will become one of the Premier League's bargain of the coming season


BUT if Liverpool not get the result they wanted in 10 games, i'm pretty sure that BR will be sacked by the owners.

TS: Can't wait for new season...just can't wait

Sunday, June 28, 2015

Re-Fresh, Re-juvenate..My New Look is Coming to you Soon

New Look..
New Interest..
New Story..
Same Author..

And the most important and top of that..You'll Never Walk Alone!


Monday, March 2, 2015

I'm Back.,,,,Again...

Hai Semua...

Tidah tahu berapa lama come back ini akan berterusan (baru jumpa username dan password)..

Btw..Happy Birthday Lazar Markovic!!

Jumpa lagiiiiiiii


Sunday, May 13, 2012

Its Final Day!

Its all about team who will be the Champions, team who get a slot for UCL spot and teams who will relegate to  Championship..its today and for Liverpool, ONLY to finish the season..

My WISH:

Man City - Champions!
Man U - Finish season with empty hand
Newcastle - Miss UCL spot.
Chelsea - Miss UCL spot
Bolton - Relegate.

Liverpool? Carroll with hat trick against Swansea!

to be continue....

Friday, October 28, 2011

..............I'm back!

Lama sudah tak update blog ni..Hmmm betul lah cakap orang kalau kita sengsorang yang jaga blog, memang akan ada time-time yang kita rasa langsung malas nak sentuh! Then apa sebab aku tetiba nak update? Hmm ntah..maybe sebab sesekali aku masuk aku tengok ada jugak yang menjengah blog cabok aku ni..Ntah la aku pon tak tahu..tetiba jer aku nak letak post baru!..Lepas final Piala Malaysia di padang bendang Shah Alam sabtu ni baru aku komen..syok sikit yer dak! So no gambar, No video sebab nak mula balik kena pelan2 kayoh!

see ya....

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #8

''Arsene Wenger yang degil''

Monday, August 15, 2011

Liverpool's opener for new season ended with draw


It's all about Suarez: He got a penalty, he missed it, then
he scored it, he's run all around the pitch..in the end..
He will die!
Most fans said..its only an early stage la bro..rileks jgn menggelabah..-Early stage lah nak ambik mood!

Some fans said..Players belum serasi lagi..2-3 game pas ni baru MANTOP! - Kalau alasan nak tunggu serasi, jawabnya before krismas dah boleh ucap hi2 bye2 la dekat En.Title.

Ada jugak yang cakap-cakap.Tengok..tengok..Chelsea, Arsenal pon seri jugak..Man U pon hampir seri..tak kuat mana pon! - Chelsea away, Arsenal away dan Man U pon away..pe cer!

...Lepas ni game dengan Arsenal, Fabregas, Nasri dan Gervinho tak ada..confirm 3 point dalam tangan! - Sunderland pon tak da 3 org mamat ni..kita seri jugak..huhu

yes..life must go on..look forward and be positive BUT for me Liverpool miss a big chance to sent a warning to title or European contenders that The real REDS sula bangun maaaa! especially when we failed to get a 3 point at home..so disappointed..and my weekend GLOOM till today! 

Dan aku malas nak komen pasal individual players performance sebab everybody who saw that game had right to judge. Honestly we need to work hard especially at the back and final pass to our striker.If we cant keep the ball on our feet against team like Sunderland at Anfield, its worrying me much!  Dan kita tak boleh bohong yang many fans still merindui kelibat Steven Gerrard ditahap terbaik! Kalau seorang pon dibahagian tengah gagal menyamai atau sekurang-kurangnya menghampiri level terbaik Steven Gerrard,percayalah yang Suarez akan mati kekeringan di bahagian hadapan!

Strategi Cattermole mengajak Downing 'sehati berdansa'
pada 2nd half berjaya menghilangkan fokus pemain bernilai
20 juta ni..adoiii..


In Kenny we trust but only with a WIN against Arsenal this week..hehehe

You'll never walk alone!!!!

Friday, August 12, 2011

EPL is back..EPL is...



Amacam bro,cuti panjang?? Best?..Cuti panjang suda habis bro..Now EPL is back..hahaha.Memang datang tepat pada masanya untuk mengubat hati yang terluka lepas skuad kebangsaan rebah di kaki Singapura dalam kelayakan Piala Dunia 2014.Kalau every season asyik-asyik orang cakap pasukan tumpuan adalah BIG 4..Bukan Big Mac..(bulan puasa sensitif sebut pasal makanan)..Man U, Arsenal, Chelsea dan juga Liverpool..tapi now we had BIG 6 i guess.Pasukan itu adalah....

Manchester United:
Pasukan yang baru sahaja memecahkan rekod kejuaraan 18 kali Liverpool musin lepas.Ciss! Dengan kehadiran Ashley Young, Phil Jones, De Gea serta Cleverley pasukan kendalian Alex Ferguson ini nyata pasukan pilihan untuk mempertahankan kejuaraan musim ini.Ditambah dengan new-look Rooney yang semakin lebat rambutnya!!! hahaha
Lu orang tunggu dengan rambut baruku..
SERAM niihhh!
Arsenal:
Pasukan yang sering dilabel 'budak taska' atau 'budak pancut awal' kerana rata-rata pemain-pemain Arsene Wenger ni adalah pemain yang muda-muda bergetah! ditambah seringkali gagah diawal musim tapi kecundang sebelum kapal tiba di pesisir pantai..Wallawwei bahasa tak boleh blah..Dengan Fabregas dan Nasri semakin hampir meninggalkan Gunners musim ini, kedudukan Arsenal kian goyah! goyah beb..In Wenger we trust! -kata kata fans Arsenal di seluruh pelusuk dunia..hahahaha...

The best place for Wenger..hahaha
Chelsea:
Pasukan tua-tua ala2 bangka..Yang nampak jelas muda adalah managernya, Andrea Villas Boas.Nama memang ganas..tapi kalau pasukan berpaksikan penyerang seperti Fernando Torres serta ayam pencen Drpgba dan Anelka..memang apa pon tak boleh!.Untuk mengimbangi 'tua'..Chelsea hampir pasti membawa Lukaku yang berusia 19 tahun daripada Anderlecht..(masalahnya yang timbul..macam mana dengan luka mu?pulak..haha)..mungkin sebab tu Luka Modric jadi sasaran...Ehh apa yang aku mengarut ni..maklumlah dah tua!!hahaha

Sudahlah..Ubah la tabiat suka kan bini orang..
Majoriti pemain dlm pasukan kita pon dah tua2..
hahaha
Manchester City:
Di bantu sokongan sugar daddy arab Sheikh Mansour, apa yang Mancini nak mesti dapat punya!! 1 juta..2 juta.38 juta.tak da hal lah..Kalau EPL benarkan daftar pemain sampai 50 orang satu season.mau dia beli satu team Uruguay yang baru juara Copa America 2011..Opss tapi Suarez tak leh lah yer..harga dia mahal sangat..150 juta pound!!!.boleh ambik the rest k! Bakal pencabar terhebat Man u musim ini..No doubt!!

Degil + malas + Melawan = 25 juta pound + gaji 150 ribu pound
seminggu..what a waste!
LIVERPOOL:
Eh kenapa huruf besar plak..team lain huruf kecik! Eh memang la..aku kan fans Liverpool.kena bagi special sikit bro..huhuhu..John W Henry? nama tak ganas..tapi sesekali dia benarkan King Kenny berbelanja..koyak!! tapi nak buat cemana..nama pon KING..terima jer la..dekat2 110 juta duit owner Kenny sebat..dan hasilnya..Downing, Adam, Enrique, Henderson, Carroll dan Doni kini menjadi pemain terbaru Liverpool..ditambah dengan Gerrrad yang semakin pulih serta abg Suarez yang baru ditabalkan pemain terbaik Copa America baru-baru ini..The reds army told..Yes, we're ready for big season!!! (dalam hati aku berkata..ganas2 Liverpool ni)

Senyum tawar nampak boss! Baru saya belanja
110 juta.. banyak lagi nak beli ni..-kenny

Tottenham Hotspurs:

Setelah gagal dalam perebutan slot terakhir ke Liga juara-juara Eropah musim lepas.Harry Redknapp seolah-olah tak berminat dengan jendela perpindahan yang tengah rancak sekarang ni.Tak ada duitkan? malaskah..scout cuti panjang kah?.apa yang pasti, Modric nak blah..juga Peter Crouch..juga Wilson Palacios..sedikit pelik sebab Bale tak pulak kecoh-kecoh orang nak beli..baru sign contract baru kot..
Mungkin Harry nak buat magic mcm musim lepas bila dia dapat beli Van der Vart dengan harga 8 juta di jam-jam terakhir transfer windows..tak dapek la nak buat dua kali..kalau dapat pemain macam Poulsen ataupun Joe Cole memang boleh..free ajer..hahaha..Lupakan jap Spurs ni..game pon call off dengan Everton Sabtu ni..Seram nihhh

Utamakan keselamatan ker atau takut nak start sebab tak
beli pemain baru..!! Pandai2 jer van der vart suggest game
tunda..hehe

......Sekian..(Jangan lupa EPL kick-off Sabtu ni..lepas ni sibuk nak buat team fantasy football lak..ramai dah invite ni..heheh)

Tuesday, August 2, 2011

Harimau oh Harimau..


KALAU lah kita ada 3 atau 4 orang macam Safee Sali
KALAU lah FAM buat kerja cari pemain-pemain yang beraksi di luar negara
KALAU lah kita ada Idlan Talaha tak injured dan Safiq Rahim tak kena kad merah
KALAU lah defend kita beraksi lebih baik di Singapura
KALAU lah Baddrul atau Ashaari yang masuk berbanding Fakhri Sharani masa kat Bukit Jalil
KALAU lah Datuk K.Rajagobal tak terlalu tinggi egonya!
KALAU lah Apek yang main di kedua-dua game hari tuh lawan Singapore.
KALAU lah Azmi Muslim yang main gantikan Asrarudin.
KALAU lah kita layak ke pusingan ke-3 kelayakan kumpulan Piala Dunia 2014 peringkat Asia.

Tak sampai 3 minit pun aku tulis semua benda kat atas ni.Senang kan? Mudah kan? Cakap..memang semua senang!Tapi yang berhempas pulas kat atas padang dan yang tak tidur malam memikir apakah ramuan terbaik yang perlu direncanakan bagi memastikan Malaysia layak ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia Zon Asia siapa yang nak ambik peduli..! Ya, kita semua kecewa, marah dan sedih atas kegagalan ini tapi begitu juga pemain dan jurulatih..Tak perlu rasanya kita menghambur kata-kata kesat, memberi pendapat seolah-olah kita lebih hebat dari pemain dan jurulatih atau menghentam sesedap rasa..Bayangkan seorang individu yang hendak memikul harapan hampir 26 juta rakyat Malaysia! Goyang beb...ditambah bermain dihadapan hampir 90 ribu penonton serta paparan 3-0 di atas manila kad yang perlu dicapai! Silap-silap Messi dan Ronaldo pun gegaq lutut.Tapi semua orang ada hak untuk memberikan pendapat..Bagi aku? Still believe that Datuk K.Rajagobal can bring another glory to Malaysian Football..!

Apa-pun kat bawah ni adalah link-link ulasan blogger tentang kegagalan skuad kebangsaan kepada Singapura baru-baru ini.Bacalah sebab aku malas nak tulis panjang berjela..panjang-panjang pun Malaysia tetap gagal ke pusingan ke-3...hmmmm

Rizal Hashim - JILAT!...One of my favorite blogger
Haresh Deol - Malaysia gets the boot..also one of my favorite
Suara Sukan - Usah..Good articles..

Dan ini adalah foto-foto yang membuktikan bahawa aku antara puluhan ribu peminat yang mengalami kekecewaan di Bukit Jalil Khamis lalu..But Still, in Datuk Rajagobal we trust!

Wife aku yang mengandung 6 bulan pon kena 'angkut' + twins
Perjalanan dari parking kereta yg baru menginjak 300m..
masa sampai pintu stadium tak larat nak ambik gambar lg..
Bayangkan pukul 5.30 dah ada dalam stadium!!
Stadium mula penuh..sekitar jam 6.30ptg
Cokelat kat tangan tu berharga RM4.00 sedangkan harga
pasaran 2.00-2.50..harimau malaya punya pasal!

Sekitar jam 7.00ptg
Sekitar jam 7.25ptg..
Bukan 'peace' tapi 2-0 confirm!

Haa..dah nak pukul 8mlm..45 minit lagi jer...!!
GOLLLLLLLLL!!!!!!!
Tak larat nak tiup dah.,


Testing jerit untuk gol kedua yang tak menjelma-menjelma!!
HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG...HARIMAU MALAYA TAKKAN TINGGALKAN BELANG SEBAB DIA TAKKAN MATI-MATI..

Monday, July 25, 2011

Harimau Malaya will turn it around at Bukit Jalil


Hari tu kemain ko kan ! Ambik Ambik!
Some fans point a finger to all back four for their poor performance and urged major changes at the back...
Some fans told that Datuk had made a big mistake on Ismail Faruqi + Fakhri Sharani..
Some fans felt that Khairul Fahmy should start instead Shabinee Allawee..
Some fans thinks K.Gurusamy is a better player than Amar Rohidan..

Ya, cakap memang senang..Sebab dalam bola sepak ni biasalah..menang dipuji, kalah dikeji..Standard!
Bila kalah Datuk seorang yang ditalu dengan bermacam-macam soalan..Itulah, inilah..bayang-bayang orang atasan yang lain semua tak nampak..tapi kalau menang semua nak inter-frame..Standard jugak!

tapi apa yang penting...Aku tersangat yakin seyakinnya yang Harimau Malaya akan melepasi halangan pasukan Singapura ini! Ini bukan masanya untuk kita membandingkan kita 100% buatan Malaysia dan Singapura sebab mixed! Kita dah buktikan what pada Piala AFF dulu..dulu kita cakap tak perlu pemain import boleh juara so sekarang tak payah nak bangkit isu ni lagi..isu lapok!

Keputusan Datuk menggunakan formasi 4-5-1 dan memasukkan Ismail Faruqi serta fakhri Sharani (bukan pemain kegemaran aku) bagi aku adalah tindakan yang tepat. Bagi aku Ismail adalah pemain yang mempunyai  ketepatan hantaran dan kawalan bola yang baik serta kreatif di tengah padang.Dan kelemahan pemain ini hanya lah kurangnya pengalaman bermain diperingkat tertinggi..Dalam kes Fakhri pula, walaupun dia bukan penyerang yang tajam di bahagian hadapan dan rekodnya bersama pasukan kebangsaan dan Negeri sembilan speak its self, tapi pemain ini mempunyai kelebihan stamina dan sangat versatile! Satu aset yang diperlukan Datuk untuk menghalang pemain-pemain Singapura daripada mengusai bahagian tengah serta asakan pantas ke kawasan pertahanan pasukan kebangsaan.

Pemilihan Sharbinee Allawee pula mungkin sedikit meragukan tetapi memandanglan Khairul Fahmy yang belum cergas sepenuhnya serta keadaan mental yang kurang memuaskan ketika melepaskan 5 gol kepada Liverpool serta aksi cemerlang Sharbinee ketika menentang pasukan Taiwan sebelum ini pastinya menjadi rujukan Datuk untuk pemilihan penjaga gol utama.

Sure You Can do IT..
Dan pastinya yang paling diperbualkan pastinya all back four pasukan kebangsaan yang diterajui Muslim, Fadhli, Asra serta Mahali yang kian menampakkan kekurangan terutama daripada segi fitness serta mental. Walaupun mereka ini adalah pemain yang menjadi tunjang kepada kejayaan pasukan kebangsaan di Piala AFF, keupayaan mereka kini meragukan pelbagai pihak setelah memboloskan sejumlah 15 gol daripada 3 perlawanan ketika menentang Liverpool, Arsenal dan Singapura. Bagi aku kelemahan yang menjadi punca adalah ketiadaan pemain yang boleh menjadi 'leader' di bahagian bawah. Pemain-pemain muda ini memerlukan seseorang yang boleh membangunkan setiap kali mereka tertidur.Lihat sahajalah bagaimana Jamie Carrager yang menjerit kepada rakan sepasukan ketika setiap kali pasukan Liverpool bertahan.Pasukan kebangsaan need that! Musuh utama kepada pemain-pemain muda adalah konsistensi..Thay can be awesome and brilliant one day and then poor and awful on the next day..Contoh paling baik adalah Arsenal yang kemarau kejuaraan sejak 6 musim yang lalu.Dengan berbekal pemain muda, Arsenal mempamer corak pemainan mengkagumkan diawal musim tetapi layu dipengujung saingan hampir setiap musim..Dan lihat sahaja apa yang jadi kepada Perlis yang bersandarkan pemain muda? tersingkir ke Liga Perdana.

In Datuk We TRUST!
Tapi aku yakin yang pemain - pemain Harimau Malaya akan melepasi halangan Singapura dan layak kepusingan seterusnya.You'll never walk alone and in Datuk Raja we trust! Tak kira lah yang turun abang long ka, ayahanda ka, Muslim ka, Fadhli ka..Kita mesti mau menang dan layak to the next round!.RM 30 ringgit bukanlah halangan untuk aku datang ke stadium walaupun FAM hanya tersenyum melihat perencanaan menaikkan harga tiket begitu berbaloi dan tidak tersasar walaupun seketika tersedak ketika kedudukan Malaysia ketinggalan1-4 (ditambah kad merah kepada Safiq).tahniah FAM... Even aku masih geram dengan kenyataan berat sebelah Datuk dan Safee terhadap pasukan Liverpool minggu sudah..atas nama Harimau Malaya..aku akan turun ke SNBJ khamis ni memberi sokongan yang tidak berbelah bagi!!

TANAH TUMPAH DARAHKU!!!




Thursday, July 21, 2011

What Next Harimau Malaya?


What NEXT after Gold at Sukan Sea 2009?
What NEXT after crowned as a Champion at AFF Suzuki Cup 2010
What NEXT after our Olympic Squad made into Final Group(Asia) for London 2012?
What NEXT after exceptional display against two EPL big gun Arsenal and Liverpool?
The Next is WE NEED to dump Singapore at 2nd round of Asian Qualification for Brazil's 2014 World Cup!

Consistency is the key..Dan hopefully kita tak jadi macam England (sebab rata-rata peminat bola sepak di Malaysia sukakan Liga Inggeris) yang sering kecundang di saat penting. Dan atas sebab itulah England hanya berbangga dengan satu Kejuaraan Piala Dunia pada tahun 1966 dan juga liga EPL yang digilai di seluruh dunia.

Bukan aku tak boleh terima kekalahan TETAPI aku tak nak kalah dengan negara jiran serantau sebab kita Juara Serantau!..Dan pentas kelayakan Piala Dunia 2014 lebih besar nilai dan darjatnya daripada Piala Suzuki AFF 2010. 

Datuk Rajagobal pulak janganlah risau sebab peminat-peminat Liverpool yang dikatakan tidak patriotik akan datang beramai menyokong pasukan kebangsaan. Safee pun jangan cuak di boo penyokong Liverpool di SNBJ sebab atas nama Malaysia, kami akan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi!  Setakat tiket RM 30 yang di 'mark-up' oleh FAM tidak mungkin mendatangkan gentar kepada peminat setia Harimau Malaya.

Dan aku tak kiralah formasi apa yang diguna pakai dan siapa yang akan diturunkan sebab in Datuk we trust! Malaysia perlu menang walau apapun caranya. Tewas dipusingan kedua kepada jiran serantau adalah sesuatu yang paling pahit untuk ditelan dan MUNGKIN mengendurkan keghairahan para peminat setia Harimau Malaya! Peduli apa aku dengan 'pemain import' Singapura..Uruguay tak perlukan Messi untuk ke final Copa America dan Paraguay lebih perlukan Larissa Riquelme daripada Neymar untuk ke final Copa..!!!Percayalah kita tak lagi mampu untuk menunggu 4 tahun lagi untuk bermulanya kelayakan Piala Dunia edisi 2018 di Russia. 

Paraguay need Larissa..
..........BUT NOT MESSI..hahaha

TANAH TUMPAH DARAHKU!!!! Malaysia Boleh  and You'll never walk alone Harimau Malaya...

Monday, July 18, 2011

I'm Liverpool fan but I'm proud to be Malaysian

Ultras Malaya boikot?..biarkan

Orang kata membazir Malaysia lawan Liverpool?..lantak pii..

Safee Sali cakap dia score 2 bijik untuk Man U..Ada ku kesah! Malaysian National Football Team team is not about you. It's all about players, managers and all fans..

Raja kata peminat Liverpool tak fanatik dan membelakangkan Malaysia? What the Hack!..Sebenarnya Datuk, kami-kami ni lah yang memenuhkan stadium bila pasukan kebangsaan beraksi..takkan sampai nak tunjuk tiket kot yg kami dah beli...KEMON!

In the End...We just enjoy the show...

Penyokong Man U yang 'terpaksa'..hehehe

Love both..Malaysia and Liverpool

Kecik-kecik dah 'diajar'..go go SARA
Peminat Liverpool cilik..kecewa sebab King Kenny
tak ada..hahaha
Like Father Like Daughters
Ingat Gerrrad..cisss...
Sebab tak ada camera XLR..ni jer la shoot yang terbaik.hehe


lebih kurang 90000 peminat hadir..Awesome!


Pergh..9 gol dalam satu match..mana nak dapat!
My fren! Fan Man U pun datang..tapi nasib dia tak pakai
baju Man U..kalau tak..sendiri mau ingat..hehe

* feeling WEIRD sebab first time aku datang stadium aku sokong kedua-dua pasukan*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...