Friday, April 29, 2011

VVV Venlo dapatkan pemain berusia 18 bulan!

Tau ker korang kelab bolasepak bernama VVV Venlo? Bagi yang memang kipas-susah-mati pasal permainan bola sepak ni tau lah kot. Kat sini lah karier Keisuke Honda mula berkembang sebelum menjadi antara pemain yang disegani di peringkat dunia.

Cerita ni pun aku dapat daripada salah satu artikel kat Soccernet.com. Bola sepak sekarang memang dah GILA! Ada ker diaorang sign player yang baru berusia 18 bulan..Gila Babeng!




Memang berbakat atau nasib..korang tentukanlah..




Keisuke Honda..One of my favorite player..Ala-ala Roman Riqeulme gitu.

Thursday, April 28, 2011

Real Madrid vs Barcelona - El Clasico Part 3 of 4

Tugu ciptaan Pemain Barcelona
Messi oh Messi! Memang patut pun kau dianugerahkan pemain terbaik dunia.You just deserve it. Apa yang kau tak boleh?? Gelecek 4-5 orang memang dah biasa, bola placing kau memang mahir sangat, Gol jenis-jenis tap2 pun kau buat jugak.Tanduk? Alex Ferguson pun aku rasa masih ingat gol kau masa final dulu.Dan yang aku paling pasti, Gaya permainan kau sangat-sangat sesuai dengan pasukan Barcelona!! Tak kira lah gol tu kau score masa Real Madrid dah kurang seorang pemain. Kau memang hebat!!

Daniel Alves! lakonan kau memang terbaik.Riak wajah serta gulingan kan berjaya mempengaruhi pengadil memberikan kad merah kepada Pepe dan bukan itu juga, Mourinho pun kena sekali sebab kau punya hal. Adoi!! 

Walaupun ada lagi 90 minit baki permainan di Nou Camp, rasanya hampir mustahil (bukan mustahil, hampir..) untuk Real Madrid untuk layak ke final yang akan diadakan di Stadium Wembley. So, perlawanan timbal balik kedua nanti pastinya akan juga dipenuhi dengan siku-menyiku, takcle menakcle, tolak menolak, guling berguling, cekik mencekik dan macam-macam lagi.El-Clasico? K-Mon lah...apa pun tak boleh la!!

Keputusan Penuh (Perlawanan pertama Separuh Akhir Liga Juara-Juara):

Real Madrid 0
Barcelona 2 -  Messi 76', 87'

Wednesday, April 27, 2011

Wordless Wednesday #3

Tuesday, April 26, 2011

Jangan Ikut Sedap Mulut

Apa kene mengena main bola sepak dengan lidah.Kalau makan sup, adalah jugak kaitannya. Sesekali bertazkirah apa salahnya. Cuma sekadar mengingatkan sesama kita.Sebab saya pun sama jugak macam korang semua. Selalu 'ter'..macam-macam yang keluar dari mulut adalah 'ter'. Ehhh M*****K ni!!!..ahh contoh..nampak? nampak?

Yang perlu dielakkan(contoh):

1. Elakkan menyebut C***I ketika Suarez menjaringkan gol ketika menentang Man U - tak elok tuh.
2. Jangan selalu mencarut bila pemain pasukan kesayangan anda off side, terlepas peluang dan kena kad merah. Mencarut yang macam ni 'F**K Off'..(selalu Wayne Rooney ucapkan)
3. Salahkan pengadil atas kesilapan yang dilakukan pemain - macam Wenger dan Alex selalu buat - tak elok salahkan orang lain.
4. Mengutuk pemain dan samakan dengan binatang..ish3..macam Bale yang salu dikutuk macam 'B***K'..tak baik tak baik..



Yang digalakkan(contoh):

1. Cantik gigi Suarez. Terror lak tu - Kita memang digalakkan memuji dan dalam pada sama merendah diri kan kan kan..
2. Hensem la Abg Carroll - Kan sedap dengar
3. Tak pe la Kuyt, dah bukan rezeki - ulasan 'KALAU' penalti Kuyt lawan Arsenal tak masuk la..tapi masalahnya masuk..so cakap la YEAHHHH!!..hahaha



4. Arsenal boleh cuba lagi tahun depan - Nampak, siap bagi sokongan moral kepada fans Gunnners lagi.


My Teeth comes Original
Hensem? Hensem kan?
Rileks2..sapa yang baca macam tak pueh hati..lontarkan komen anda di ruangan yang disediakan..hahahaha

YNWA-Idok ler kamu sekali sekale berjalan keseorangan..(nak jugak main longhat perak..adehhh, ntah betul ntahkan tidak)

Thursday, April 21, 2011

Barcelona (0) vs (1) Real Madrid - El-Clasico Part 2 of 4

Siapa kata Jose Mourinho dah tak Special One lagi..Yuolls silap..Biarpun rabak mata aku dikerjakan 2 game terus menerus London Derby (Arsenal dan Spurs) diikuti final Copa Del Rey musim 2010/2011 antara Barca dan Real Madrid pagi tadi NAMUN aku puas sebab Barca kalah akhirnya.Siapa kata Barcelona tidak terkalah? sekali lagi Yuolls silap..hahaha..
One for RM, One for me and One for Special One
Biarpun Real Madrid main agak busuk dan Barcelona dengan gaya biasa yang meng 'ayamkan' kan pemain lawan, namun penyudah kedalam gawang adalah lebih penting dari segala-galanya.Siapa lagi kalau bukan Ronaldo yang menanduk masuk hantaran Angel Di Maria pada minit terakhir separuh masa pertama extra time. Jose Pinto walaupun berambut dreadlock ala-ala penggusti MMA atau peninju Britain David Haye gagal menampan tandukan berbisa Ronaldo. Tapi bagi aku Man Of The Match game pagi tadi adalah Iker Cassillas. Kalau keeper lain, mau Real jadi lauk gulai ikan masin..

Rambut inspirasi Pinto Si Penjaga Gol Barca

Tinggal lagi 2 siri perlawanan El-Clasico lepas ini..So tunggu!! Memang tak sabar sebab tak puas tengok game pagi tadi bukan dalam HD atau 3D..ada ke kat channel 811 jer..potong stim betul!

Keputusan Penuh: Real Madrid (1) vs (0) Barcelona

Wednesday, April 20, 2011

Wordless Wednesday #2

Monday, April 18, 2011

Thats What We Call A Beautiful Of The Game

Time to change your weapon, Wenger
Bad luck? Referee mistake? Lucas was a diver like Ronaldo, Nani?..Forget it Wenger.That was an excuses for a loser. Liverpool got Aurelio injured after only 20minutes, vice captain Carra and Carroll after 60 minutes and replaced by 17 years old Jack Robinson, sloppy Kyrgiakos and 18 years old ShelveyThen, your squad cant take advantage on that! That your mistake, not somebody else..At the end of the day..that what we call a beautiful of the game.

More suprised that Jay Spearing had named a Man of The Match for his excellent displayed. He is only 22 years old.But the only question is can he bring Liverpool to next level, too soon to talk about it but there has some hope..Thanks Kenny! Who said Liverpool youngster is rubbish??..Who said that was a truly rubbish! hahaha...

Meriam zaman lapok dah tak efisyen
Alex just waste no time to go at Emirates Stadium when he got a jackpot..2 points drop was a big blow for the gunners and meant 6 point advantage for reds devils with 6 more games to go.

Its hard to say but honestly that Manchester United will bang their 19th title soon and they just deserve it!

BUT ynwa till the end..

Full Result: Arsenal (1) vs (1) Liverpool    Ars: Van Persie 90' pen  Liv: Kuyt 90' pen      

Sunday, April 17, 2011

Real Madrid vs Barcelona - El Clasico Part 1 of 4


ONE for Madrid and ONE for Barca
Selesai sudah episod pertama dari empat pertembungan El-Clasico antara Real Madrid dan Barcelona dalam masa 18 hari. Adeh macam drama lak tulisan aku ni.hehe.Even bermain 10 orang selepas Raul Al'biol' menerima kad merah, Real masih mampu mendapatkan gol penyamaan melalui Cristiano Ronaldo bagi memadam kelebihan awal yang dimiliki Barcelona hasil juga melalui penalti Lionel Messi. Bagi aku its a harsh decision.Straight red card! Damn..Alves tak pulak dapat sekeping card atas tackle nya kepada Marcelo yang menyumbang kepada penalti untuk Real Madrid.Eh pengadil Muniz Fernandez.nak kene pelempang ke aper! Mourinho back-hand kepala kau baru tau!

Malam yang gila sebab aku tengok TV mula dari pukul 9 (AF Konsert), then aku layan Manchester United terbungkus di Wembley dan terus-menerus dengan El-Classico! 9 malam ke 6 pagi..pergh sembilan jam ngadap TV..nasib bola in HD..hehe..Next 3 games for El-Clasico adalah untuk perlawanan akhir Piala Raja Sepanyol dan diikuti perlawanan timbal balik separuh akhir Piala Eropah.Best Bangat!

Tapi PEPE si botak memang terbaik..! Tak cukup dengan partner abg Biol dah kena kad merah, then main pulak bahagian tengah.Dok memburu Iniesta, Xavi dan Messi.Tolak, tackles dan siku semua cukup,referee bagi can..tak da red cards..hahaha.Ozil pun class..memang terbaik!.Kalau Khedira more clinical di depan gol..memang terngaga la Barcelona dihujung game.Even Barcelona menguasai lebih separuh perlawanan, its Real Madrid who had a more shot on goal. Ngantuk tapi PUAS..ngeeee

Final Result: Real Madrid (1)vs (1) Barcelona (Ronaldo 82'  Messi 53')

Glory Glory I'm Sorry

Treble?..So close..Thanks City, thanks a lot...even done it with helped by suspended of Alex and Rooney..I just dont care!!..Yeah Yeah for Yaya

Perhh..apa main kaut-kaut telur ni...
Glory Glory...I'm Sorry...(eh tetibe Amir Raja Lawak mencelah).hahahaha..tak dapek den nak tolong..

Final Result (Semifinal FA Cup 2010/2011) : Manchester United (0) vs Manchester City (1)..Goal by Yaya Toure


Friday, April 15, 2011

Bola@Mamak punya pasal


Sebenarnya aku ada tengok Bola@Mamak kat 816 Astro malam kelmarin.Episod ke berapa pun aku tak pasti sebab aku tak minat sangat pada bual bicara bola yang ringan-ringan ni.Baik aku lepak dengan membe-membe aku yang kaki bola ni.Cuma versi melayu la.Tak da lah nak speaking-speaking English what the hell ni..haha.Sebenarnya aku nyampah tengok Si Ross Yusof tu yang budget kelakar sangat.hmmm tolong la! kau memang buat aku menyampah! Yang lain lain ok jer aku rasa.Melawak sekali sekala sudah.nak buat lawak masuk maharajalawak..Damn!Dulu dah la buat hal jugak.sini
Topik dia memang banyak sangat..3 minit satu topik kot! tak terkejar mak nokk(budak ofis aku selalu sebut). Kalau time tu korang nak terkencing atau terberak, menang tertinggallah jawabnya. Salah satu topik yang aku nak ulas adalah Top 3 EPL transfer Flop.

Ada ke mamat Ross ni sibuk nak sebut nama Fernando Torres.macam budak kecik! Eh K-Mon lah. Still ada 5 years in his contract.Baru separuh musim..Yes aku agree yang Torres menang off form la ni tapi untuk mengatakan Torres dalam kategori transfer flop masih terlalu awal! Sebab tu aku lebih suka tengok Monday Night Verdict ataupun rancangan dulu Football Focus.Lebih series dan lebih berinformasi.Bukan aku nak cakap Bola@Mamak rancangan sampah..its still a good to watch..for anybody who loves football. The Orange man plak bleh bagi 3 nama pemain Liverpool..aduh berbulu aku dengar. Ada point tapi Robbie Keane was a flop player little bit 'OVER'. Form is temporary but CLASS is permanent..

Tapi bagi aku..players yang betul-betul flop adalah pemain yang diberikan ruang secukupnya untuk membuktikan sesuatu tetapi GAGAL! pemain yang baru menghabiskan suku daripada seluruh kontrak kemudiannya dijual dan pemain yang ditimpa kecederaan berpanjangan bagi aku adalah bukan pemain yang FLOPS!

5 Biggest Transfer Flops pilihan aku adalah:

1. Andriy Shevchenko(Chelsea) - Legend at San Siro (with AC Milan) but Flops at The Blues..3 musim, 47 games dan 9 gol ( 1 gol berharga lebih kurang - 3.3 juta pound, dari keseluruhan nilai pembelian sebanyak 30 juta pound)..sangat mahal!

2. Sergei Rebrov(Spurs) - 11 juta pound pada awal tahun 2000 dikira mahal untuk penyerang ini dan sepanjang 4 musim mamat ni hanya beraksi lebih kurang 60 perlawanan dan menjaringkan hanya 10 gol!..that flops!

3. Jo(Man City) - Man City memulakan strategi membeli player mahal-mahal dan dia adalah antara yang terawal (tak silap zaman Thaksin).Total City bayar hampir 18 juta pound dan selama 4 musim dia masih gagal mendapatkan watak utama di Manchester City.Lebih glamour untuk watak pinjaman..hmm 17 juta tuh! 21 perlawanan Liga dan 1 gol sahaja! Tak guna punya budak!

4. Ryan Babel(Liverpool) - Promising Liverpool attacker and Legend in the making?.Tu masa mula-mula beli.11.5 juta Liverpool spent untuk pemain muda yang asalnya dari Ajax Amsterdam ni sememangnya membazir buta-buta!..91 games dan 12 gol.Just not good enough!

5. Santa Cruz (Man City) - Berharga 18 juta ketika dibeli dari Blackburn namun jelas pemain ini gagal menyerlah ketika bersama 'BIG Club' mengulang sejarah ketika bersama Bayern. 3 musim, 20 perlawanan dan hanya 3 gol adalah sesuatu yang sukar dipercayai!

Makan@Mamak is better than Bola@Mamak..hahaha

Wednesday, April 13, 2011

K-Mon Mr Tengku

K-Mon..K-Mon.....huhuhu
Tajuk macam tak boleh blah.haha..Kesian aku tengok blog aku ni yang sejak akhir-akhir ni terbiar dan tak terurus.Bukan aku bersara dari 'dunia' bola sepak.masih ON seperti biasa cuma ke 'malas' an tu datang bertubi-tubi.Boleh?..apa pun tak boleh! (hahah..memang lawak kumpulan Jambu-Maharaja Lawak)

Liverpool? apa lagi yang boleh diharapkan selain dari mengejar pasukan ditangga ke-4 dan dalam masa yang sama berusaha untuk mengekalkan posisi ke-6 daripada dirampas musuh setempat Everton dan juga Bolton Wanderes. Menang baru-baru ni memang happy tapi tak menggila! biasa jer rasa sebab..sebab-sebab diataslah..tak thrilled la..menang happy kalah pun tak cuak..hehe.

Liga Super? Hmm layan..asalkan bola.Memnang sengit.Kalau dulu Perak 'Kejar Yob Kejar' tapi sekarang dah tukar pulak..'meh ler kejar YOB'..yang tak dapat kejar KITA BAKO! KITA BAKO..adoi, kuat betul pengaruh ucop wilcha ni.sampai ke padang aura dia!

Torres? Hmmm..kesian aku tengok dia.Ancelotti pun cakap yang nasib dia terumbang ambing sebab dia pening dengan kehadiran Torres! haaa..sapa nak jawab.But still he is among the best in this business..Jangan risau Chelsea..masih banyak masa lagi..harap-harap musim terakhir baru dia menyerlah..at least better than Shevchenko..hahahaha..sabo jer la!

Apapun pagi ni aku nak layan game Spurs vs Real Madrid..can Spurs do it? Honestly not..but still hoping for a good game.

to be continue..(K-Mon Mr Tengku..caiyokkk!!..jgn malas update..hahaha)

Saturday, April 2, 2011

8 games left and we need a miracles


Lama sungguh tak update blog aku ni.Sibuk yang teramat sangat.Ditambah dengan 2 minggu break for international match, memang aku layan kesibukan yang memang mendatang dengan bergolek-golek dan juga sibuk yang dibuat-buat.Baru ni ada masa nak update blog.

Games minggu ni memang special sikit sebab akan menemukan Kenny Daglish dengan pengurus yang terpaksa memberi laluan sebelum ini, Mr Roy Hodgson. Nasib baik tak da dalam clause yang manager kene duduk dengan bangku penonton kalau lawan kelab lama.Kan best kalau macam itu.Tapi tak ada hal lah.Setakat West Brom!! halus.....hahaha..

Anyway..sememangnya 3 mata penuh memang ditagih! Champions League please...No more Europa League!..Letih nak bangun Khamis malam Jumaat..banyak kerja lain!

Tengku's Prediction : West Brom (0) vs Liverpool (2)..Suarez Double!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...